≡ Menu

Mana Lebih Afdhal? Al-quran Digital Atau Mushaf


PEREDARAN teknologi canggih masa kini menjadikan segala urusan harian menjadi mudah, termasuk membaca al-Quran secara digital melalui aplikasi yang ditawarkan.

Walaupun ternyata lebih mudah dibawa ke mana-mana berbanding membawa mushaf, namun perlu diingatkan para ulama berpendapat bahawa membaca mushaf al-Quran adalah lebih baik daripada membaca melalui aplikasi seperti menerusi telefon pintar.

Menurut pendakwah terkenal, Norhafizah Musa melalui temubual di TVIKIM, walaupun membaca melalui aplikasi masih mendapat pahala, namun tidak sebesar ganjaran jika membaca melalui mushaf al-Quran.

BACA:  Ibu Hamil Jangan Abaikan Pengambilan Vitamin D

Justeru, beliau mengajak umat Islam untuk memperuntukkan antara lima hingga 10 minit sehari untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran sekali gus mendapat kelebihan pahala melalui cara tersebut.

Sementara itu, Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman tampil memberi pencerahan melalui hantaran di laman Instagram @ngajialquran yang menjelaskan sama ada membaca melalui mushaf atau aplikasi masih mendapat ganjaran pahala.

BACA:  Alamak! Nafas Bayi Anda Berbunyi? Bahaya Ke Tak? Baca Penjelasan Doktor Ini

“Tetapi pahala membaca dengan mushaf adalah lebih kerana perbezaan kedudukan mushaf dan gajet.

“Ini bertitik tolakkan beberapa hukum berbeza antara al-Quran dalam bentuk mushaf dan juga dalam bentuk aplikasi,” katanya.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel