≡ Menu

Makan Kacang, Muka Jerawat? Mitos Atau Fakta


Kacang dan jerawat merupakan isu yang cukup serig di kupas oleh mana-mana wanita. Sebut sahaja pasal jerawat pasti di kaitkan dengan pemakanan kekacang, tetapi adakah betul isu persoalan ini atau ianya hanya kenyataan tanpa sebarang bukti kukuh dan mitos semata-mata? Untuk mengetahui mengenai topik ini, Wanista akan mengupas lebih lanjut tentang kacang dan jerawat ini khas untuk anda!

Kacang ini sebenarnya mengandungi 26 jenis nutrisi di dalamnya, dan antara nutrisi tersebut adalah niancin, asid folates panthothenic, thiamin, riboflavin, choline, phosphorus, zink, manganese, lemak polyunsaturated dan peanut agglutinin.

Di antara pelbagai nutrisi yang terdapat di dalam kacang ini, dua daripadanya mampu menyebabkan kulit wajah anda berjerawat!

Lemak Polyunsaturated
Lemak ini terkandung di dalam mentega kacang, dengan hanya dua sudu makan pengambilan mentega kacang ini mengandungi 19 peratus lemak. Dan lemak ini memiliki tiga jenis kategori yang berlainan iaitu saturated, mono-saturated dan poly-saturated.

Lemak bagi jenis saturated dan mono-saturated merupakan lemak sihat dan tiada apa yang merisaukan. Tetapi lain pula ceritanya dengan lemak poly-saturated atau lebih di kenali sebagai Omega-6 yang mampu menyebabkan berlakunya jerawat!

Lemak Omega-6 menghasilkan cytokines dan prostaglandins yang bertanggungjawab menyebabkan berlaku radang di dalam badan dan sekaligus membuatkan immune sistem melawan dan membersihkan ia dari dalam badan. Hasil dari radang yang berlaku di dalam tubuh menyebabkan jerawat tumbuh.

BACA:  Mempelajari Agama Hanya Pada Buku, FB, Blog dan Youtube. Cukup Ke?

Peanut Agglutinin
Peanut agglutinin merupakan protein kacang dan protein ini tidak bagus kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah penghadaman dan salah satu daripadanya iailah ‘Leaky gut’ atau usus bocor.

Masalah usus bocor ini merupakan salah satu masalah penghadaman di mana terdapat lubang halus (microskopik) di dalam perut atau pada dinding usus yang menyebabkan laluan makanan keluar dan memasuki saluran darah di dalam tubuh badan.

Dan apabila perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan diri kita terdedah kepada alahan makanan, keradangan dan masalah immune badan. Masalah seperti ini adalah sangat tidak baik kepada kulit kita.

Serangan Jerawat
Kebanyakan orang yang mengalami masalah kulit berjerawat ini adalah kerana masalah kulit berminyak dan di tambah pula dengan memakan makanan berminyak dan berlemak seperti mentega kacang dan coklat yang menyumbang kepada masalah jerawat.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Parker Magin dari University of Newcastle, New South Wales, Australia menyatakan, bahawa kacang tiada kaitan dengan berlakunya jerawat pada kulit. Ia dinyatakan berdasarkan pemerhatian yang di lakukan di Paraguay dan New Guinea yang mengamalkan gaya pemakanan tradisional. Dan sekaligus merangkumkan bahawa masalah yang berlaku mungkin berkait rapat dengan gaya pemakanan seseorang individu tersebut.

BACA:  Awas, Jika Si Manja Kerap Hidung Tersumbat! Ibu-ibu Perlu Baca

Makanan Yang Boleh Membantu Kesihatan Kulit Dari Serangan Jerawat!
Buah berwarna oren dan kuning
Beri biru
Sayur-sayuran seperti karot, aprikot, keledek, bayam, tomato dan mana-mana sayur-sayuran yang berdaun hijau gelap
Roti gandum
Beras Perang
Ayam belanda
Biji labu
Ikan salmon, mackerel dan ikan yang berlemak (bergantung kepada jenis tubuh dan alahan)
Kekacang (bergantung kepada jenis tubuh dan alahan)

Sebenarnya untuk mengelakan berlakunya masalah jerawat pada kulit, elakkan dari memakan makanan yang menyebabkan diri anda alahan dan sekaligus membuatkan diri anda di hinggapi dengan jerawat-jerawat yang menyakitkan hati.

Jaga gaya pemakanan anda, kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Pastikan anda banyak minum air masak dan jika masalah jerawat terlalu serius di sarankan supaya anda berjumpa dengan doktor segera bagi mengelakkan masalah kulit menjadi lebih teruk.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel