≡ Menu

Lebam-Lebam Timbul Tanpa Sebab? Angkara Jin?


Jika anda tanya penulis, penulis lebih terbuka untuk menerima bahawa lebam adalah disebabkan reaksi tubuh. Menurut kajian saintifik dalam dunia perubatan, lebam yang terjadi secara tiba-tiba boleh disebabkan pelbagai penyakit berkaitan darah dan salurannya. Boleh jadi, ia juga petanda awal yang berpunca dari Leukemia.

Oleh itu, jangan terlalu taksub dengan kepercayaan misteri sehingga penyakit dalam tubuh melarat kerana tersalah anggap bahawa lebam itu adalah perbuatan jin semata. Lalu ramailah yang melawat ke pondok-pondok serta rumah-rumah pengamal perubatan tradisional untuk mengubati ‘penyakit jin’ tersebut sehingga akhirnya menggadai nyawa.

Bagaimana Lebam Terjadi?

Jelas Dr Zubaidi Hj Ahmad, lebam sebenarnya berlaku apabila kulit di badan kita terdapat pengumpulan darah. Ia terjadi apabila salurah darah kecil pecah di bawah kulit. Pengumpulan darah ini akan memberi efek warna merah atau biru kekuningan pada permukaan kulit dan bakal hilang sendiri dalam masa dua minggu.

Ia juga dikenali sebagai ecchymosis yang sering berlaku apabila terkena kecederaan trauma akibat terlanggar objek keras. Sebagai contoh bucu meja. Salur darah kecil yang berada di bawah bahagian kulit yang terkena kecederaan itu tadi akan pecah seterusnya mmebuatkan darah berkumpul di situ. Bengkak akan terjadi bahkan menghasilkan tompok darah beku yang dipanggil lebam.

BACA:  Awas Ibu Bapa Jangan Buat Kesalahan Ni Kalau Anak Demam! No 4 Tu Ramai Buat Tapi Silap Teknik

Wanita Lebih Mudah Dapat Lebam

Ini mungkin kenapa kita sering ditakuti dengan kenyataan bahawa “lebam itu adalah perbuatan jin yang telah jatuh hati pada kita”. Walhal, sememangnya wanita lebih mudah mendapatkan lebam kerana kekenyalan tisu kulit wanita lebih lembut dan sensitif berbanding lelaki.

Lebih-lebih lagi apabila umur seseorang semakin meningkat, saluran darahnya juga sudah menjadi lemah membuatkan risiko kemunculan lebam itu lebih tinggi. Kanal-kanak juga mudah lebam tahu?

Kekurangan Zat Juga Penyebab Lebam

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Advanced Nutrition: Macronutrients, Micronutrients and Metabolism, punca utama lebam juga kadang-kala disebabkan kekurangan nutrisi seperti vitamin C, Vitamin K, Vitamin B9 dan B12. Bila diet tidak seimbang, sudah tentu kesihatan kulit akan terkesan seperti semakin menipis malah saluran darah juga lemah kerana pertambahan usia.

Cara Merawat Lebam

Tekap bongkah ais di bahagian yang lebam. Kesejukan ais mampu mengurangkan pendarahan dalam kulit seterusnya mengecutkan salur darah.

“Ramai orang kita salah faham bahawa menuam bahagian lebam dapat kecutkan bengkak, benjol atau saluran darah, namun sebaliknya kepanasan akan mengembangkan lagi kecederaan.

“Hanya kesejukan sebenarnya yang berfungsi untuk mengecut kecederaan”.

Tinggikan sekali kedudukan bahagian tubuh yang lebam. Jika lebam pada peha, berbaringlah sambil naikkan kedudukan peha agar lebih tinggi dari paras jantung untuk menghentikan pergerakan darah ke bahagian lebam berkenaan. Jika berdiri, pendarahan akan jadi lebih teruk menyebabkan lebih banyak darah yang dipam ke kawasan kecederaan tersebut.

BACA:  Masak Makanan Untuk Keluarga Mayat

Perlukah Dapatkan Rawatan Lebam Di Hospital?

Jika ianya teruk disebabkan kecederaan berat seperti dihempap almari mahupun televisyen pada bahagian-bahagian sensitiftubuh contohnya di muka atau di kawasan nipis sekitar badan, hendaklah mangsa di bawa ke hospital kerana apabila terlalu banyak darah beku, bahagian itu akan membengkak besar sehingga perlu dibedah untuk keluarkan darah beku tersebut.

Jika setakat kecederaan ringan, cukup sekadar rawatnya di rumah dengan ais. Hanya perlu ke hospital bila:-

Lebam tak hilang lepas dua minggu.
Kulit lebam tiba-tiba tanpa punca (mungkin tanda penyakit seperti Leukemia).
Lebam muncul tanpa ada berlanggar dengan objek keras.
Jika lebam membengkak dan membesar.
Lebam sehingga menyebabkan bahagian tubuh tidak boleh bergerak (mungkin efek kepada sendi).
Lebam yang terjadi di bahagian mata atau organ sensitif seperti kemaluan.
Semoga perkongsian kali ini berguna buat anda semua…

sumber: wanista

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!