≡ Menu

Kronologi Kes Tembakan Di Masjid Christchurch


Berikut merupakan kronologi semasa kejadian serangan lelaki bersenjata ke atas Masjid Christchurch yang telah meragut 40 nyawa, dan telah menyebabkan 20 orang lagi cedera parah.

Jumaat: 15/3/2019

  • Kejadian berlaku kira-kira 1.40 p.m, lelaki bersenjata telah menyerang 2 buah masjid di Christchurch, meragut 40 nyawa dan menyebabkan 20 yang lain cedera parah.
  • Polis segera mengarahkan perintah berkurung ke atas bandar Christchurch, sekolah dan bangunan kerajaan juga turut ditutup serta merta. Sejam selepas itu, polis New Zealand melaporkan bahawa 4 orang telah ditahan.
    3 lelaki dan seorang perempuan.
  • Sejam sebelum serangan tersebut berlaku, salah satu akaun sosial media yang dipercayai milik salah seorang penyerang itu telah memuat naik satu pautan yang mengandungi 87 halaman manifesto yang berisikan idea dan penjelasan tentang serangan yang disifatkan sebagai anti muslim dan anti imigran tersebut.
  • Menurut Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, beberapa bom telah ditemui pada kereta penyerang itu. Bom itu walau bagaimanapun telah berjaya dimatikan oleh pasukan bersenjata New Zealand.
BACA:  “Ustaz, Ada Tak Amalan Supaya Suami Pandang Saya…”

  • Salah seorang penyerang itu telah menyiarkan rakaman serangan itu secara langsung melalui akaun sosial media miliknya. Rakaman tersebut walau bagaimanapun telah dipadam dan polis New Zealand meminta orang ramai supaya tidak menyebarkannya.
  • Identiti penyerang terbabit tidak lagi dapat disahihkan. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Australia telah mengesahkan bahawa salah seorang penyerang bersenjata itu merupakan rakyat Australia. Sementara itu, saksi kejadian berkata bahawa salah seorang penyerang itu berkulit putih dan lengkap berpakaian seragam.
  • Perdana Menteri New Zealand turut mengesahkan bahawa penyerang itu tiada didalam senarai orang yang dikehendaki.
  • Perintah berkurung ke atas sekolah Christchurch telah digantung seketika untuk membolehkan kanak-kanak kembali ke pangkuan ibu bapa mereka.
  • Pihak polis dijangka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa sejam berikutnya.
BACA:  Kebanyakan Kita Bermazhabkan Imam Shafie..Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah kewafatan Imam Syafie yang Amat Menyedihkan...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!