≡ Menu

Kisah Penciptaan Malaikat Jibril. Subhanallah!


Kita semua mengetahui kisah bagaimana Adam, hawa dan generasi seterusnya dicipta oleh Allah SWT. Semua ciptaan Allah ini tiada cacat celanya. Begitu juga dengan penciptaan malaikat. Bagaimana kisah perciptaan malaikat Jibril oleh Allah SWT?

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wassalam telah bersabda bahwa;

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibril dengan bentuk yang sangat sempurna. Jibril mempunyai 600 sayap di mana di antara sayap-sayapnya itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak. Sayap itu lebarnya antara timur dan barat. Jika Jibril menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Malaikat Jibril

REAKSI JIBRIL

Apabila melihat dirinya yang nampak sangat indah dan sempurna itu, maka malaikat Jibril pun bertanya kepada Allah:

“Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?”

Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibril: “Tidak”.

Mendengar jawapan daripada Allah SWT itu maka malaikat Jibril pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT.

Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibril itu, dia telah menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibril selesai melakukan solatnya, Allah pun berfirman:

“Wahai Jibril, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan. Akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad.Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Penciptaan malaikat Jibril

BACA:  Panduan Lengkap Solat Dhuha Berserta Bacaan Setiap Rakaat Dan Doa! Ayuh Amalkan

Allah lebih menyukai solat umat Nabi Muhammad SAW walau dalam keadaan serba leka kerana itu adalah arahan-Nya

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Apabila mendengar hal tersebut, malaikat Jibril pun kembali bertanya kepada Allah SWT:

“Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?”

Maka Allah berfirman:

“Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”.

indahnya penciptaan malaikat
Di antara sayap-sayapnya itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak
Kemudiannya malaikat Jibril meminta izin daripada Allah SWT untuk melihat syurga Ma’waa tersebut. Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibril pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibril adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun.

Maka terbanglah malaikat Jibril selama beberapa lama perjalanan, sehingga akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata:

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa ?”

Maka Allah pun berfirman:

“Wahai Jibril, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

BACA:  "Pakcik, Ibu Ku Telah Dihindari Azab Api Neraka!". Inilah Kehebatan Amalan Zikir

Sabda Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wassalam:

“Sebelah kanan sayap Jibril terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup berbisa, kalajengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah”.

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda lagi:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang manusia”.

“Sekiranya orang yang nazak itu seorang yang beriman, maka malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga hingga ia terlupa orang-orang di sekelilingnya.

Jika orang yang nazak itu seorang yang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehingga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”.

Semoga kita ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan para syuhada. Wallahu a’lam

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel