≡ Menu

Khasiat Ubi Kayu Yang Mengejutkan Ramai Orang Yang Berdiet!


Sebut saja pucuk ubi kayu semua orang kenal. Dulu masa admin bujang dan tinggal jauh dari keluarga sanggup beli pucuk ubi kayu rebus bersama sambal belacan atau budu. Sungguh berselera bila kita makan nasi walau tanpa lauk pauk lain. Tahukah anda bahawa pucuk ubi kayu mengandungi khasiat yang tinggi?

KHASIAT PUCUK UBI KAYU

Pucuk ubi boleh dikatakan tergolong dalam kategori ulaman dan sayur-sayuran. Pucuk ini mengandungi manfaat dan khasiat yang tinggi bagi orang yang menggemarinya. Selain berkhasiat, ianya sangat mudah didapati dan jika dibeli harganya tidaklah mahal jika hendak dibandingkan dengan sayuran hijau segar yang lain.

khasiat pucuk ubi kayu
Pokok ubi mudah ditanam
Pucuk ubi kayu merupakan sayuran atau ulaman organik 100%. Pokoknya mudah ditanam tanpa memerlukan penjagaan rapi dan ianya tidak perlu dibaja. pokok ini boleh ditanam dihampir semua jenis tanah. Selain ubinya boleh dimakan, pucuknya sangat bernilai walau harganya sangat murah.

BACA:  PRU 14: Dosa & Pahala Dalam Pilihanraya. Baca dan Fahami

Pucuk ubi kayu mengandungi asid amino, protein, pelbagai mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. Protein yang terkandung dalam daun ini berfungsi untuk membina sel-sel badan dan merupakan komponen sistem enzim. Di samping itu juga, kandungan asid amino dalam dedaun hijau berfungsi sebagai pemecah karbohidrat kepada tenaga.

Asid amino yang terkandung dalam daun ubi kayu juga berguna untuk memulihkan luka serta merawat kulit yang bermasalah. Ia juga berfungsi untuk menggantikan sel-sel yang rosak, menguatkan tulang dan membantu daya ingatan yang baik. Selain itu ia juga membantu dalam memulihkan sistem metabolisme tubuh. Klorofil dalam daun berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser.

kelebihan pucuk ubi kayu
Amal makan pucuk ubi mampu menurunkan berat badan
MENURUNKAN BERAT BADAN

Pucuk ubi kayu sangat rendah kalori. Ianya sangat sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Pucuk ini juga mampu mengatasi masalah sembelit dan sistem penghadaman.

BACA:  10 Amalan Isteri Yang Menjadi Kunci Pembuka Pintu Rezeki Suami.

MERAWAT PENYAKIT

Selain meningkatka stamina, pucuk ubi kayu juga berfungsi untuk merawat penyakit-penyakit seperti berikut:

Sakit sendi.
Sakit kepala.
Ulser.
Cirit-birit.
cacing.
resepi pucuk ubi kayu
Kerabu Pucuk Ubi
MENU MASAKAN

Selain dibuat ulam, pucuk ubi kayu boleh dimasak dalam berbagai menu. Antaranya adalah digoreng, rendang, masak lemak, masak lemak cili api,masak tempoyak, asam pedas, pindang, kerabu, pecal dan lain-lain lagi. Ia juga sedap jika direbus bersama ikan talapia.

NOTA: Orang yang tidak suka pahit atau kelat tidak sesuai untuk makan menu pucuk ini. Bahaya pucuk ubi kayu ialah jika tidak dimasak sempurna boleh menyebabkan alahan kepada perut dan angin.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!