≡ Menu

Khasiat Nenas Dan Cara Membuat Penawar Batuk Berkahak Dengannya.


Buah Nenas memiliki rasa yang sangat sedap, kaya dengan nutrien buah-buahan tropika yang menyediakan banyak kebaikan untuk kesihatan. Tambahan pula, khasiat nenas dengan kandungan kalorinya yang rendah menjadikan ia digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai satu bahan untuk merawat pelbagai jenis penyakit bermula daripada ketidakhadaman sehinggalah sebagai penawar semula jadi bagi alahan.

Khasiat nenas yang terkendung dalam buah ini adalah disebabkan kandungan vitamin C nya yang tinggi serta vitamin B1, Potasium dan manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.

Apa yang kebanyakan orang tidak sedar mengenai buah yang lazat ini ialah ia bahkan lebih banyak kegunaan kepada manusia berbanding hanya sekadar menjadi minuman jus yang menyegarkan. Buah Nenas mengandungi phytonutrien yang bertindak seperti ubat untuk mengurangkan simtom-simton kepada kebanyakan jenis penyakit sebagaimana yang kita lihat hari ini.

Walaubagaimanapun, selain daripada khasiat yang terkandung di dalamnya, buah ini mudah untuk didapati, tidak mahal serta banyak resipi yang boleh dibuat menggunakannya dan ternyata isinya yang lembut yang berjus itu sangat sedap !
Khasiat Buah Nenas Yang Unik
1.Kaya dengan Sumber Vitamin C

Buah Nenas memenuhi sebanyak 131 % daripada keperluan harian anda kepada antioksidan seperti Vitamin C ini ! Vitamin C biasanya digunakan untuk mengurangkan batuk, rasa sejuk badan dan simtom-simtom selesema. Vitamin C yang merupakan vitamin larut air memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu penghubung dalam badan sebagai mana ia bertindak sebagai antioksidan.

Bertindak sebagai antioksidan, ia memiliki keupayaan untuk mengsintesis kolagen yang merupakan protien utama di dalam badan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan kesihatan salur darah dan organ-organ dalaman.

Vitamin C yang terkandung dalam buah Nenas ini juga membantu bagi menyelesaikan masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran matahari dalam waktu yang lama atau kulit yang kering.

Anda juga boleh menjadikannya sebagai ramuan untuk disapu pada badan anda. Kandungan vitamin C yang ada dalamnya, dapat membantu tubuh badan anda untuk melawan punca-punca penyebab kanser.
2.Kaya dengan Serat

Buah-buahan yang kaya dengan serat mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser kolon. Serat juga dapat merendahkan kadar glukosa dalam darah. Diabetis jenis 2 mungkin menunjukkan tanda-tanda pemulihan kandungan gula dalam darah, lipid serta insulin.

Mengetahui bahawa sebiji buah Nenas yang sederhana besar mengandungi kira-kira 13 gram serat. Maka, pengambilannya merupakan satu langkah yang baik untuk memaksimumkan tahap kesihatan. Disebabkan oleh kandungan seratnya yang tinggi, salah satu khaisatnya ialah dapat membantu mencegah sembelit serta akan meningkatkan kesihatan saluran pencernaan kita.
3.Meningkatkan Kesuburan

Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan akan membantu untuk mencegah kemandulan. Hal ini disebabkan oleh radikal-radikal bebas akan menjejaskan sistem peranakan.

Makanan yang kaya dengan antioksidan seperti buah Nenas akan bertindak balas melawan radikal-radikal bebas ini dan sangat disarankan untuk mereka yang sedang berusaha untuk hamil.

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah Nenas seperti Vitamin C, bera-carotene serta vitamin-vitamin dan mineral seperti kuprum semuanya mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita.

Antioksidan terbukti mampu membantu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dengan baik dalam pembentukan organ-organ peranakan sekaligus dapat meningkatkan kadar penghasilan sperma.
3.Mencegah Penyakit Kardiovaskular

Buah Nenas meningkatkan kesihatan jantung disebabkan oleh kandungan serat, potasium dan vitamin C. Satu kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa salah satu khasiat jus buah Nenas ialah berupaya menjadi pelindung kepada jantung sebagai mana ujian yang telah dilakukan terhadap tikus makmal.

Kajian tersebut telah disimpulkan bahawa jus buah Nenas mampu mengurangkan risiko penyakit jantung serta membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penyerapan zat.

Pengambilan potassium yang tinggi juga akan membantu mengurangkan risiko angin ahmar, melindungi otot, memelihara kandungan mineral dalam tulang serta menghalang daripada pembentukan batu karang.

Buah-buahan yang kaya dengan potassium juga dapat merendahkan kadar tekanan darah. Buah nenas juga berupaya untuk meningkatkan kesihatan jantung disebabkan kandungan bromelain yang sangat menakjubkan.

Hal ini disebabkan oleh ia mampu menggantikan pengambilan aspirin dalam sehari untuk mengurangkan risiko serangan jantung. Bromelain telah terbukti mampu untuk menghentikan platlet-platlet darah daripada bergumpal sehingga menyebabkan tersumbatnya saluran darah. Keadaan ini merupakan antara punca berlakunya serangan jantung atau angin ahmar.
4.Mencegah Asma

Beta-catorine yang terkandung dalam tumbuhan seperti Nenas berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit asma. Toksin, nutiran yang tidak baik, pencemaran dan kekurangan antibiotik serta tekanan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan asma.

Semua faktor tersebut boleh menyebabkan keradangan namun buah Nenas memiliki keupayaan untuk mengurangkannya disebabkan oleh keupayaan nyahtoksik yang dimilikinya.
5.Memelihara Kesihatan Mental

Salah satu khasiat buah Nenas ialah ia membantu meningkatkan semangat dan membantu mengurangkan tekanan dan kegemuruhan. Nenas yang merupakan sumber yang baik bagi asid amino tryptophan digunakan oleh tubuh badan untuk menghasilkan serotonin yang mencukupi iaitu salah satu “hormon gembira” kita.

Pengambilan asid amino yang cukup di samping nutrien-nutrien yang lain seperti vitamin B adalah penting untuk menyokong sistem saraf anda bagi funsi penghasilan tenaga serta penghasilan hormon-hormon yang baik.
6. Membantu Melawan Kanser

BACA:  Isteri, Awasi Amarahmu, Jangan Sampai Hilang Redha Suamimu

Pada tahun 2007, para penyelidik telah menerbitkan satu artikel yang menggemparkan dalam the Plant Medical Journal tentang Bromelain yang terkandung dalam buah Nenas lebih berkesan daripada cara yang sebelum ini dalam rawatan kanser.

Dalam ujian yang dilakukan untuk merawat kanser dalam kalangan haiwan, didapati bahawa Bromelain lebih berkesan daripada 5-fluoracil (5-FU) apabila dibandingkan kepada satu kumpulan pemboleh ubah yang tidak dirawat.

Walaupun 5-FU telah digunakan dalam merawat kanser selama hampir 40 tahun namun masalah utamanya ialah ia turut memberi kesan kepada sel-sel yang sihat sebagaimana sel-sel yang dijangkiti.

Bromelain bukan sahaja didapati lebih berkesan namun juga lebih selamat daripada 5-FU. Sebatian semula jadi seperti Bromelain mengandungi cytotoxity terpilih dan ia mampu untuk membunuh sel yang dijangkiti kanser melalui proses apoptosis dan membiarkan sel-sel yang sihat tanda diganggu.

Bromelain akan menumpukan kepada sel-sel yang dijangkiti kanser sahaja. Tiada penawar lain selain Bromelain yang dapat melakukan proses ini. Hal ini kerana ejen-ejen kimo-toksik seperti 5-FU tidak bertindak sebagai sebatian organik.
7. Mengurangkan Keradangan Reduces Inflammation

Khasiat buah Nenas juga termasuk keupayaannya untuk membantu mereka yang menghidap arthritis dan sakit-sakit sendi kerana Bromelain yang ada mampu mempercepatkan proses pemulihan diikuti dengan proses pembedahan. Ia juga sangat berguna untuk merawat terseliuh dan juga mampu mengurangkan kesakitan.

Bromelain bertindak balas kepada keradangan dengan cara menyekat metabolite yang menjadi punca kepada kebengkakkan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan bengkak dengan cara mengaktifkan satu bahan kimia dalam darah yang boleh memecahkan fibrin sekali gus boleh mengurangkan pembengkakan.

Bromelain juga sering kali dianjurkan untuk diambil sebelum proses pembedahan dijalankan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan keradangan yang biasanya berlaku selepas proses pembedahan.

Baru-baru ini, satu kajian telah dilakukan terhadap 100 ekor tikus makmal yang menghidap penyakit colitis, satu penyakit radang pada kolon. Keputusan menunjukkan bahawa dengan pengambilan jus Nenas baik yang asli dengan kandungan aktif enzim Bromelain adalah selamat dan dengan berkesan dapat mengurangkan keradangan.

Kajian yang lain turut dilakukan terhadap pesakit yang menghidap sinustis iaitu keradangan di bahagian dalaman hidung. Hal ini disebabkan oleh jangkitan, alahan atau autoimmun. Kajian yang dilakukan ini menunjukkan bahawa Bromelain yang terdapat dalam Buah Nenas boleh memberikan penyembuhan lebih cepat berbanding rawatan yang biasa.
8. Membantu Penghadaman

Bagi proses penghadaman, pengambilan buah Nenas akan bertindak sebagai satu bantuan yang berkesan untuk memecahkan protein kepada peptida serta asid amino. Ia mampu mengilangkan tanda-tanda sakit di kolon, refluks asid dan membantu sistem penghadapam secara normal.

Ia juga berkesan untuk membantu mencegah tindak balas autoimun disebabkan oleh jangkitan alahan. Kajian yang telah dilakukan di Jepun menunjukkan bahawa memakan buah Nenas dapat membantu mereka yang menghidap alahan kepada protein gulten yang terkandung dalam gandum, barli dan sebagainya disebabkan oleh kandungan enzim Bromelain yang ada dalam buah Nenas.
Khasiat Nutrisi yang Ada dalam buah Nenas

1 cawan hidangan yang mengandungi buah Nenas (dalam nilai harian yang disyorkan) :

82 kalori
1 gram protein
2 grams serat
96 IU vitamin A (2 peratus DV)
79 IU vitamin C (131 peratus DV)
30 MCG folate (7 peratus DV)

Mengapakah Buah Nenas berupaya untuk Menyembuh

Rahsia bagi keupayaan penyembuhan yang terdapat dalam buah Nenas ialah disebabkan oleh kandungan enzim larut protein yang dikenali sebagai Bromelain. Hakikatnya, buah Nenas merupakan buah yang sangat kaya dengan sumber Bromelain di dunia.

Namun, anda tidak akan mendapat Bromelain yang diperlukan dengan cara meningkatkan pemakanan buah Nenas itu. Tetapi Bromelain yang anda sangat perlukan terdapat pada batangnya. Jadi, pengambilan suplimen tambahan Bromelain adalah perlu bagi mndapatkan hasil yang baik. Suplimen Bromelain dihasilkan daripada ekstrak buah Nenas itu sendiri.

Bromelain ialah satu enzim lebih spesifik satu enzime protease yang terkendung dalam batang dan buah Nenas. Kaedah rawatan secara tradisional menggunakannya telah lama diamalkan dan hasilnya berkesan bagi memecahkan protein kepada bentuk peptide dan asid amino dalam badan. Ia juga bertindak sebagai bahan anti pembengkakakan serta mencegah keradangan.

Bromelain merupakan ekstrak semula jadi yang didapati mampu mempercepatkan proses penyembuhan dan juga bertindak sebagai rawatan bagi keradangan serta bengkak sebagaimana yang dilakukan oleh aspirin dan ibuprofen. Tambahan pula, khasiat-khasiat buah Nenas juga termasuklah membantu memulihkan luka, melecur, gigitan serangga serta masalah-masalah kulit.

Selain itu, kajian terkini mendapati bahawa Bromelain daripada buah Nenas dapat membantu kesesakan dalam saluran paru-paru yang memberi petunjuk bahawa ia dapat digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Ia juga dapat meregangkan tekanan bagi otot dan disebabkan itulah enzim ini turut digunakan bagi proses pelembutan daging.

Perlu diingati bahawa walaupun dengan makan banyak buah Nenas itu masih lagi tidak memberikan dos yang cukup untuk rawatan disebabkan oleh kebanyakan enzim ini terdapat pada teras dan batang nenas itu. Bahagian inilah yang tidak boleh dimakan begitu sahaja. Jadi, dihasilkan suplimen-suplimen yang mengandungi enzim tersebut tanpa perlu memakan bahagian tersebut.

BACA:  Bayi Mati Lepas Diberi Ubat Selesema, Ada 2 Kes Pengalaman Doktor Yang Patut Ibu Bapa ALERT!

Suplimen Bromelain boleh didapati dalam pelbagai bentuk termasuklah tablet, kapsul serbuk dan juga krim sapuan. Pengambilan antara 80 dan 320 mg sehari adalah sukatan yang disarankan. Bagi saya, sumber Bromelain saya terdapat dalam Wobenzym keluaran syarikat Garden of Life.
Sejarah Buah Nenas

Dipercayai bahawa Christopher Colombus dan kru-kru kapalnya antara orang Eropah yang terawal merasai buah Nenas. Buah ini telah diimport dan ditanam akhirnya menjadi terkenal. Ahli-ahli kerabat diraja Eropah kemudian semakin menyukainya dan menjadi hidangan yang khusus buat golongan-golongan ternama.

James Dole merupakan seorang ahli industri Amerika yang membangunkan industri buah Nenas di Hawaii. Beliau dikenali sebagai “Raja Nenas” disebabkan beliau telah menjadikan buah ini mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat. Matlamatnya ialah untuk menjadikan setiap kedai di situ menjual Nenas dalam tin keluaran syarikatnya dan ternyata benar-benar berlaku.

Nenas merupakan tumbuhan yang boleh tumbuh dalam keadaan kering yang tumbuh sehingga lapan kaki tinggi. Pokoknya mengeluarkan buah yang memiliki duri sepanjang 12 inci panjang. Sebiji buah Nenas boleh mencapai berat sehingga lapan paun. Buahnya memiliki rasa manis dan berserat yang menjadikan teksturnya lembut apabila dikunyah.

Buah Nenas merupakan tumbuhan asli di Praguay dan dikenali sebagai piña iaitu buah pine. Masyarakat India membawa buah ini ke utara dan akhirnya di temui oleh para penjelajah yang mendakwa bahawa buah itu berasal dari Amerika pada sekitar tahun 1492.

Disebabkan oleh khasiatnya yang banyak, buah Nenas menjadi terkenal dalam kalangan pelaut-pelaut. Mereka menggunakan buah ini bagi mencegah penyakit kekurangan vitamin C yang merupakan penyakit yang sering berlaku ketika itu. Kini, Thailand merupakan pengeluar buah Nenas terbesar di dunia.
Bagaimana untuk Menggunakan Buah Nenas

Ketika memilih buah Nenas, perlu ingat bahawa lagi berat buah itu, lagi baik. Itu menandakan ia sudah masak. Pilih yang memiliki daun berwarna hijau gelap. Itu juga menandakan ia telah masak. Anda juga boleh menghidu baunya untuk mengesan ia masak atau tidak. Baunya akan menjadi harum dan tidak hapak.

Buah ini berada di pasaran sepanjang tahun. Tapi, musim puncaknyna ialah bermula pada bulan Mac sehingga Julai. Anda boleh menemuinya dalam keadaan sejuk beku yang sesuai ditambahkan ke dalam smoothie dan resipi-resipi lain.

Untuk menyediakan buah ini, potong bahagian atas dan bawahnya. Kemudian letakkan ia pada permukaan rata bagi mengupas kulit luarnya. Setelah kulitnya telah dikupas, kemudian potong isinya menjadi bentuk cincin dan keluarkan teras ditengahnya yang lebih keras berbanding isinya. Anda boleh menyimpan isi buah Nenas ini di dalam peti sejuk selama sembilan hari.

Bagi mendapatkan khasiat buah ini, anda boleh menjadikannya sebagai snek atau anda boleh juga menjadikannya tambahan kepada hidangan yang manis atau masan. Bagi hidangan pencuci mulut, anda boleh menambahkan aiskrim padanya atau memanggangnya. Salsa juga boleh disediakan menggunakan buah Nenas, bawang dan daun ketumbar.

Campuran bahan yang menarik ini akan apabila diletakkan pada ayam atau udang. Tambahkan buah Nenas mengikut citarasa orang Asia atau campurkannya bersama salad untuk menambahkan rasa manisnya. Anda sudah pasti akan teruja apabila banyak hidangan yang boleh disediakan sebenarnya hanya dengan menambahkan buah yang manis ini.

Cara Rawat Batuk Dengan Nanas: Langkah Demi Langkah

Jom ikuti cara rawat batuk dengan nanas melalui langkah demi langkah yang mudah.

Ada 3 jenis nanas yang sering didapati di pasaran Malaysia iaitu Nanas Madu, Nanas Sarawak/Paun dan Nanas Moris. Anda boleh menggunakan yang mana-mana yang senang didapati di tempat anda.Pilih nanas madu kerana kualiti dan khasiatnya. Ia juga lebih nusantara, jadi lebih senang didapati di negara kita.

1. Kupas Kulit

Mula-mula, buang kulit nanas dan durinya.

2. Potong

Potongkan kiub, supaya senang dikisar dalam ‘blender’ biasa atau ‘fruit processor’.Bahagian tengah nanas boleh dimasukkan sekali jika mahu kerana bahagian ini turut mempunyai khasiatnya.Kalau nak, potongkan sedikit bahagian tengahnya dan kisar semuanya bersama.

3. Kisar Dan Tapis

Kisarkan nenas itu tadi sehingga hancur. Dan tapis untuk membuang hampasnya. Sekali tapis tidak mencukupi. Kerana hampas jika kita minum, akan menyebabkan kita mudah terbatuk dan terserdak. Oleh itu, kisarlah dua atau tiga kali untuk memastikan hampas tiada dalam jus kita.

4. Simpan

Simpan nenas ini didalam bekas yang kedap udara untuk disimpan didalam peti sejuk.

6. Campurkan Madu Apabila Mahu Diminum

Siap dimasukkan dalam botol. Ini jus nanas asli, tanpa madu. Apabila nak beri pada anak, barulah ditambah dengan madu. Gunakan jus ini untuk 3 ke 4 hari berturut turut. Sinergikan dgn madu supaya ia seimbang. Tidak bersifat panas dan tidak bersifat sejuk.

Nota: Ubat semulajadi tiada bahan pengawet, ia boleh rosak. Sebaik sahaja anak pulih dari batuk dan selsema, jus ini tidak diperlukan lagi. Jangan sayang dan simpan lama ya.

sumber: mingguanwanita

 

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel