≡ Menu

Ketika Ditimpa Kesulitan, Bacalah Istighfar Nabi Yunus, Insya’Allah Diberi Keringanan


CARA KELUAR DARI KESULITAN HIDUP

Zikir atau doa Nabi Yunus

Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai mas4lah kita :

LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM MINADZOLIMIN …

Baca lah zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa Allah dipermudahkan segala urusan.

Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insya Allah segala kesul1tan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan s1hir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyak1t sekalipun, rajin-rajinlah baca ayat ni setiap masa.

Lepas baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimvntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.

Doa ini afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT.

Insya Allah, makbul. Kan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.

Zikir-zikir yang boleh diamalkan untuk keluar dari masalah atau kesul1tan hidup

1. Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.

2. Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi ny4wa.

3. Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim atau tahfiz.

4. Jangan kedekvt nak belanja orang makan.

5. Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kec3masan. Jangan belanja semua.

6. Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita.

7. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja dan selalu memikirkan diri kita sahaja.

BACA:  “Kalau Pakai Tudung Nanti Takut You Pengsan Sebab Panas”-Gadis ini kongsi cerita dilarang bertudung untuk diterima bekerja.

8. Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.

9. Semoga perkongsian tentang amalan doa Nabi Yunus di atas dapat memberikan manfaat kepada kita semua terutamanya untuk keluar dari kesul1tan hidup. Jangan berputus asa sehingga kita mencapai kecemerlangan dalam setiap perbuatan yang dilakukan.

Wallahualam …

ISTIGHFAR NABI YUNUS

Soalan:

Apakah yang dimaksudkan dengan istighfar Nabi Yunus dan yang mana lebih afdhal di antara Sayyid al-Istighfar atau istighfar Nabi Yunus?

Jawapan:

Melihat kepada soalan di atas, istighfar itu mempunyai banyak bentuk dan lafaz. Antaranya ialah istighfar atau doa Nabi Yunus AS ketika di dalam perut ikan Nun. Doa ini dirakam oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. [al-Anbiya’:87]

Di dalam tafsir Ibn Kathir ada menceritakan kisah bagaimana Nabi Yunus AS ditel4n oleh ikan paus. Nabi Yunus AS telah pergi dengan menaiki kapal bersama kaumnya. Kapal tersebut dipvkul ombak besar lalu mereka merasa t4kut kapal itu akan k4ram. Lalu, mereka mengundi salah seorang di antara mereka yang harus dibvang ke laut untuk meringankan beb4nan kapal tersebut. Maka undian pun terkena kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka enggan untuk membvangnya. Lalu mereka pun mengulanginya dan undian tersebut terkena lagi kepada Nabi Yunus AS. Akan tetapi, mereka juga enggan untuk membvangnya. Lalu mereka pun mengulanginya untuk kali yang ketiga dan undian tersebut terkena juga kepada Nabi Yunus AS.

Tambahan pula, di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’:

BACA:  Selain Susu, Ini 7 Makanan Yang Penuh Dengan Kalsium! Ibu Mengandung Boleh Cuba

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas RA bahawa Nabi SAW bersabda:
دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang mengan1aya diri sendiri”. Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (mas4lah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”. [Riwayat al-Tirmizi (3505)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]

Untuk itu, istighfar atau doa tersebut juga mempunyai kelebihan yang tertentu sebagaimana istighfar-istighfar yang lain berdasarkan hadith di atas. Bagi menjawab persoalan istighfar yang lebih afdhal di antara istighfar-istighfar yang dinaskan oleh syara’, maka kami berpandangan bahawa Sayyid al-Istighfar adalah lebih utama kerana Nabi SAW menamakannya sebagai penghulu segala istighfar. [Rujuk kepada Irsyad al-Hadith No. 168]

Dengan itu juga, kami tidak menafikan berkenaan dengan doa Nabi Yunus AS ini. Tetapi ia sudah tentu mempunyai adab-adab yang memustajabkan doa tersebut.

Walaubagaimanapun, kita dibolehkan untuk mempelbagaikan bacaan istighfar dalam kehidupan kita dan tidak tertumpu hanya pada satu bacaan sahaja. Ini kerana, setiap bacaan itu mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tersendiri. Di sana terdapat beberapa syarat-syarat istighfar yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar, antaranya:

Niat yang benar
Tawajjuh (menghadapkan diri hanya kepada Allah SWT)
Beradab (Menjaga adab-adab)
Semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa beristighfar dan memohon ampun kepada-Nya. Amin.

Wallahua’lam

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel