≡ Menu

Ketiak Hitam, Leher Hitam. Anda Mungkin Berisiko Dijangkiti Penyakit Ini.


Muka flawless tiada cacat cela, tapi bila buka baju… Mak aiii!

Secara jujurnya penulis malu apabila melihat sesetengah wanita yang berketiak hitam. Lebih lagi pada mereka suka memaki baju berlengan pendek. Amboi, sangat confident ya menonjolkan tempat rahsia yang penuh dengan warna kusam.

Penulis bukan mahu seorang yang prejudis pada mereka yang berketiak hitam. Tapi kehitaman yang penulis maksudkan sehingga kulitnya menebal dan timbul rasa sangsi adakah ia suatu penyakit misteri. Melalui beberapa tinjauan penulis di beberapa web kesihatan, terdapat fakta tertentu tentang kaitan masalah ketiak hitam dengan penyakit merbahaya.

Kulit yang bertukar menjadi keras, menebal dan hitam ini mengalami kondisi dipanggil acanthosis nigricans yakni boleh berlaku pada kulit ketiak, leher, lutut, dahi, siku dan lain-lain. Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah ini dan biasanya mengikut genetik keluarga. Jika anda kerap bercukur juga boleh menimbulkan masalah pigmentasi kerana kulit akan mengalami iritasi.

BACA:  7 Petua Menghilangkan Rasa Gatal Akibat Resdung!

Mari kita sama-sama selidik apa yang tersirat tentang masalah kulit ketiak hitam dan menebal…

Obesiti

Tanda-tanda obesiti boleh dilihat dengan keadaan kulit seperti ini. Ia berpunca dari pengeluaran insulin berlebihan atau tidak teratur. Kandungan insulin tinggi dalam darah boleh menyebabkan warna kulit menjadi gelap.

Diabetes

Kaitan masalah obesiti sejurusnya menjadi kepada penyakit kencing manis. Jadi silalah berhati-hati penukaran warna kulit pada bahagian tertentu tanda awal anda mungkin menghidap diabetes.

BACA:  "Sekiranya Palestin-Israel Setuju, Ia Akan Berakhir Dengan Baik" - Donald Trump nafi memihak kepada Israel

Hormon

Ia berkaitan dengan perubahan hormon termasuklah insulin atau kesan dari pengambilan ubat-ubatan. Medikasi yang boleh menyebabkan pigmentasi tebal seperti pil perancang, pil diet dan lebihan dos Vitamin B (niacin).

Kanser

Bukan niat untuk menakut-nakutkan tapi ia boleh tanda awal penghidap kanser hati, perut dan kolon. Pembesaran sel kesan mampu mengubah pigmentasi kulit.

Apa perlu anda lakukan jika mampu masalah ketiak hitam?

Mulailah dengan diet dan gaya hidup yang senam serta aktif. Pilihlah produk kesihatan yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika ragu-ragu, berbincang dengan doktor supaya mendapat makluman dan info kesihatan lebih tepat.

 

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!