≡ Menu

Ketahui Kesihatan Tubuh Badan Dengan Warna Lidah! Mudahnya


Berdiri depan cermin, meneliti setiap inci pada anggota badan, semuanya okay. Tapi bila buka mulut dan melihat lidah… kenapa lidah agak “berkedut” di bahagian tepi. Keadaan ini membuatkan kita mula memikirkan segala kemungkinan kenapa lidah kita sebegitu rupa…

Lidah Lidah adalah anggota badan kita yang sangat penting. Tapi berapa ramai dari kita yang tahu sama ada lidah kita berada dalam keadaan sihat atau pun tak?

Warna Merah Strawberi

Lidah merah berkilat dan halus meunjukkan bahawa tubuh badan anda kekurangan vitamin B12 atau kekurangan zat besi. Jika keadaan lidah ini berterusan, ia boleh menyebabkan kesakitan ketika makan cecair panas atau makanan pedas. Vegetarian terutama terdedah kepada tahap rendah B12, yang terdapat dalam daging tertentu.

“Sekiranya anda menyedari lidah anda warna merah strawberi, dan anda seorang vegetarian, tanya doktor anda tentang pengambilan makanan tambahan, ” jelas Dale Amanda Tylor, MD, MPH, di Washington Township Medical Foundation.

Warna Gelap Seperti Coklat

Jika warna lidah anda gelap seakan hitam dan lidah malah terdapat bulu halus, ini bererti anda seorang yang malas menjaga kebersihan gigi serta mulut.

“Biasanya lidah yang gelap dan berbulu terjadi disebabkan kuat merokok, ketagih kopi dan tidak menjaga kesihatan oral dengan betul. Ini boleh menyebabkan nafas berbau atau rasa tidak normal.

BACA:  Kurangkan Risiko Serangan Jantung. Gunakan Minyak Ini

“Cara terbaik ialah memberus gigi dan lidah atau menggunakan pengikis lidah bagi membuang semua sisa makan yang terlekat, ” terang Jack Der-Sarkissian, MD, seorang doktor keluarga di Southern California.

Kedutan Pada Lidah

Anda semakin berusia, ya, lidah kita juga menunjukkan tanda-tanda penuaan. Ini menyebabkan terdapat kedutan pada permukaan lidah dan kedutan tersebut boleh membuatkan bakteria dan kuman bersarang di lidah anda.

“Keadaan ini tidak berbahaya tetapi masalah timbul jika kebersihan gigi tidak dijaga sehingga membawa kepada jangkitan. Anda akan mengalami kesakitan gigi, bau busuk dan kadang-kadang rasa panas dalam mulut, ” jelas Dr. Der-Sarkissian.

Pastikan anda menjaga kebersihan oral dengan betul dan minum air yang mencukupi.

Benjolan Putih Bawah Lidah

Anda pernah merasa seperti ada benjolan kecil berwarna putih di lidah anda? Tompok putih yang tidak menyakitkan itu dipanggil leukoplakia disebabkan oleh pertumbuhan sel yang berlebihan. Sering dikaitkan dengan perokok, mempunyai kira-kira 5 hingga 17 peratus peluang untuk berkembang menjadi kanser.

Bagaimana pula kalau yang bukan perokok? “Tompokan itu juga kadang-kadang berlaku kerana kekerapan menggosok lidah, ” kata Ada Cooper, DDS, jurucakap penasihat pengguna untuk American Dental Association di New York City.

BACA:  Apakah Hukum Solat Tanpa Iqamah? Ini Jawapan Mufti!

Bintik Merah Pada Lidah

Jangan ambil mudah jika bintik-bintik merah yang timbul pada lidah aika anda mengalaminya lebih dari dua minggu. Ini mungkin gejala awal kanser lidah yang boleh terjadi kepada perokok tegar dan penghidap HIV.

“Walaupun biasanya dikaitkan dengan penggunaan tembakau, kanser mulut juga boleh disebabkan oleh virus HPV. Jadi dapatkan pemeriksaan segera walaupun ia tidak mengganggu anda, ” jelas Dr Tylor.

Lidah Putih

Keadaan di mana lidah yang berwarna putih menunjukkan bahawa lidah anda telah dijangkiti kuman. Ini boleh menyebabkan lidah anda mengalami ulser. Keadaan ini sering dikaitkan dengan antibiotik.

“Lidah adalah rumah kepada bakteria dan yis secara semula jadi. Apabila anda mengambil antibiotik, yang secara selektif membunuh bakteria, ia boleh membenarkan yis, yang tidak dibunuh oleh antibiotik, untuk mengambil alih. Keadaan ini mungkin menyebabkan gangguan rasa atau sedikit rasa sakit, juga boleh berlaku pada mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah, ” terang Dr. Tylor.

Apa pun pastikan anda menjaga kebersihan oral dengan baik, bila berus gigi jangan lupa sental sekali lidah.

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel