≡ Menu

Ketahui Kebaikan Dan Keburukan Facial Waxing Sebelum Kita Buat. Nampak Macam Elok, Tetapi..


Siapa geram bila nampak bulu-bulu halus di muka sendiri? Angkat tangan! Ya, penulis pun geram bila nampak bulu-bulu halus lagi di kawasan atas bibir dan dahi. Itu belum lagi dibahagian kening, bersepah macam lalang dah.

Pernah penulis terfikir untuk buang sahaja bulu halus seluruh muka, tapi pastinya ada kesan sampingan. Biasanya jika lakukan proses menanggal bulu di tubuh badan secara waxing ia mampu mencabut dari akar bulu. Kenapa tidak secara rawatan laser, threading (mencabut menggunakan benang) atau pelunturan? Ini kerana proses waxing lebih cepat dan murah.

Sebelum ada yang mengada nak buat waxing di muka, apa kata ketahui dulu apa kebaikan dan keburukannya. Barulah yakin nak teruskan proses cantik ini!

~Kebaikan~
#1 Kesan waxing lebih tahan lama berbanding bercukur, tahan sehingga 2 minggu lamanya.

BACA:  7 Ganjaran Besar Selawat! Tapi Kita Pandang Sebelah Mata Sahaja!

#2 Proses waxing menacabut bulu dari akarnya jadi jika tumbuh baru tumbuh, ia akan lebih halus dan lembut dari hasil bulu yang dicukur.

#3 Teknik waxing menanggalkan kesemua bulu, boleh jamin tidak satu helai bulu tertinggal.

#4 Kesan kerosakan folikel rambut akibat waxing bukanlah sesuatu yang merbahaya, sebenarnya ia memberi kebaikan dalam jangka masa panjang. Folikel yang rosak mengurangkan pertumbuhan rambut/bulu yang baharu.

#5 Amat sesuai untuk wanita yang mempunyai bulu halus yang banyak kerana ia meninggalkan kesan yang lebih halus dan licin berbanding teknik pelunturan.

#6 Paling penting, proses waxing memang murah dan menjimatkan! Sekarang dah boleh waxing sendiri di rumah dengan pelbagai produk waxing dijual di pasaran.

~Keburukan~
#1 Sakit! Ianya menyakitkan kerana kulit muka lebih sensitif dan nipis. Nak cantik kenalah tahan sikit.

BACA:  Nah! Baik Buruk Telefon Pintar Kepada Anak! Buatlah Pilihan Sewajarnya

#2 Kesan kulit merengsang seperti terbakar, kegatalan atau alergi boleh berlaku. Anda perlu memilih butik atau spa kecantikan yang profesional untuk melakukan proses ini.

#3 Jangan pernah serik untuk mendapatkan kesan konsisten. Anda terpaksa menghadapi rasa sakit setiap bulan untuk menerima hasil yang terbaik

#4 Hati-hati apabila anda terlalu kerap waxing, pori-pori yang ‘kosong’ tanpa bulu boleh menyebabkan bintik putih timbul atau lebih teruk lagi bisul.

#5 Anda terpaksa menghentikan aktiviti luar selama 24 jam bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kulit yang baharu sahaja di waxing.

#6 Bergantung pada individu, waxing juga boleh menyebabkan timbul tompokan darah sementara akibat kesan tarikan waxing.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel