≡ Menu

Kesan Buruk Jika Terlalu Kerap Menggunakan Hand Sanitizer! Bahayanya!


Kita sering dijolok dengan tips penjagaan kesihatan yang bermula dengan tangan. Tangan dianggap anggota paling kotor dan merupakan tempat paling disukai bakteria untuk membiak. Mana tidaknya, saban hari kita menyentuh pelbagai objek dan tanpa disedari ia sebenarnya memberi efek negatif buat kesejahteraan tubuh seseorang dan individu lain disekeliling.

Oleh sebab itu, ramai yang mengesyorkan penggunaan hand sanitizer sebagai pilihan ringkas untuk membersihkan tangan tanpa menggunakan sabun mahupun air. Kita juga percaya mati-mati bahawa ianya adalah perbuatan yang sihat tanpa mengetahui yang sebenarnya hand sanitizer juga punyai keburukan tersendiri buat si pemakainya.

Sumber: Giphy
Istimewa buat pembaca sekalian, ini Wanista senaraikan lima jenis keburukan yang hadir bersama Hand Sanitizer atau dalam bahasa Melay dipanggil “Pembersih Tangan”.

#1 Tubuh Tak Tahan Dengan Antibiotik Berlebihan

Antibiotik sangat berkesan membunuh bakteri tetapi jika digunakan secara berlebihan, ia sebenarnya akan membunuh bakteria yang baik juga. Kesihatan kamu pasti lebih berisiko terganggu andai bakteria baik turut dibunuh dan ini akan menggalakkan bakteria jahat untuk bermaharajalela.

BACA:  Amalkan Air Kelapa Selama 7 Hari Saat perut Kosong Dan Manfaatnya Sungguh Menakjubkan

#2 Lemahkan Sistem Imun

Menurut penelitian yang dilakukan pakar, “triclosan” yang lazimnya terkandung dalam hand sanitizer sangat membahaykan sistem daya ketahanan tubuh (imune system). Fungsi sistem imunisasi adalah untuk melindung tubuh dari terkena sebarang penyakit.

Penelitian lain turut menemukan, kanak-kanak atau remaja yang terdedah terhadap “triclosan” ini akan mudah dijangkiti demam serta pelbagai alergi.

#3 Ganggu Kestabilan Hormon

FDA di Amerika Syarikat menyatakan, ada penelitian menunjukkan bahawa kandungan “triclosan” bisa menyebabkan gangguan hormon sekaligus menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak elok -bertidak mengubah cara kerja organ dalaman tubuh.

Sumber: zoomtv.com
#4 Terdedah Pada Bahan Kimia

Jika kamu memiliki hand sanitizer yang berbau wangi, kemungkinan besar produk tersebut mengandungi bahan-bahan kimia beracun. Pewangi sintetik (buatan manusia) ternyata mengandungi ftalat. Ia akan menggangu endokrin tubuh sekaligus meniru hormon. Ini akan mengubah perkembangan genital.

BACA:  OIC isytihar Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin

Selain itu, kandungan paraben pada produk juga sangat berisiko untuk menggangu kesihatan biarpun penggunaannya dalam produk kosmetik adalah untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah produk itu.

#5 Risiko Kerancunan Alkohol

Sumber elemen bahan aktif dalam cairan hand sanitizer biasanya adalah dari jenis antibakteria beralkohol yang bertindak untuk membunuh kuman.

Dalam sebuah kes yang berlaku sekitar Mac 2012, seorang remaja dari California telah dilarikan ke hospital gara-gara keracunan alkohol yanng dipercayai terkandung dalam hand sanitizer!

Sebagai peringatan, sila berhati-hati dalam penggunaan hand sanitizer. Mungkin hari ni kamu mendapat kelebihannya tetapi, jangan terlalu obses dengannya kerana ia mampu menjejaskan kesihatan tubuh kita semua.

Selamat beramal!

 

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!