≡ Menu

Kencing Berbuih? Ini 5 Penyakit Yang Kita Perlu Waspada


Masyarakat sekarang sudah menitikberatkan tentang kesihatan diri terutama sekali dalam penurunan berat badan tetapi ada juga segelintir masyarakat yang kurang endah tentang pemasalahan kesihatan.

Tahap kesihatan seseorang mempengaruhi kehidupan harian. Kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjauhi penyakit yang tidak diundang. Selain mengubah gaya hidup yang sihat, kita juga perlu sentiasa ingat dan peka perubahan yang berlaku pada tubuh badan.

Namun, ada tak yang peka dengan proses pembuangan air kecil, adakah ia berbuih atau normal? Mungkin ramai yang menganggap ia perkara biasa dan jarang untuk bertindak sembuhkannya.

BACA:  Trumph Ugut Potong Bantuan Kepada Palestin Sebanyak $300 Juta Dolar

Ramai yang mengalami masalah kencing berbuih, tetapi mereka tidak tahu bahaya keadaan itu sebenarnya menunjukkan bahawa mereka mungkin mengalami pelbagai jenis penyakit.

Kencing berbuih mungkin menandakan kita kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi). Jika kita ada penyakit diabetes, mungkin kita mula mengalami masalah kerosakan ginjal.

Ini merupakan tanda-tanda air kencing berbuih yang bahaya jika perkara ini berlaku pada anda;

1. Tangan dan kaki menjadi bengkak

2. Rasa muntah penat dan letih (rasa mahu baring dan mudah tertidur)

BACA:  Professor Ini (Tengah) Dedahkan Kenapa Berbahaya Tidur Didalam Kereta

3. Tidak berselera untuk makan

4. Rasa sakit kepala, pening, loya dan muntah

5. Muka dan tangan menjadi pucat

Selalunya kencing berbuih hanya disebabkan kita mengalami dehidrasi. Cuba minum air secukupnya. Jika masih kencing berbuih selepas beberapa hari (walaupun telah minum air secukupnya), dan masih mengalami tanda-tanda di atas, segera mendapat pemeriksaan doktor. Ia mungkin tanda awal keadaan yang lebih berbahaya.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel