≡ Menu

Kenapa Ustaz dan Lelaki Kuat Agama Cenderung Untuk Berpoligami


Ini bukannya cerita rekaan semata-mata, memang secara umumnya rata-rata lelaki yang berkahwin ramai (lebih daripada satu) adalah dari dalam kalangan mereka yang kuat agama. Bukan kita hendak menabur pendapat sesuka hati atau menghukum mereka kerana siapalah kita kerana ilmu agama pun belum penuh di dada. Namun situasi itu benar-benar berlaku dalam masyarakat.

Bila diajukan soalan “Mengapa kamu hendak kahwin sehingga dua dan tiga”? Ramai lelaki akan menjawab dengan mudah… adalah kerana mahu mengikut sunnah nabi. Tetapi, berapa ramai pula sedar bahawa berpoligami itu adalah lebih daripada sekadar sunnah Rasulullah s.a.w dan berapa ramai pula lelaki yang sudah tetap iman didadanya mendahulukan yang wajib sebelum meneruskan yang sunnah iaitu berkahwin lebih dari satu?

Kenapa Lelaki Tak Dapat Elak Berkahwin Lagi?

Sebagai seorang manusia, kita semua mempunyai perasaan dan kehendak. Hal ini sebenarnya berbalik kepada hati si lelaki. Rasulullah s.a.w pernah memberi amaran menyatakan barang siapa mengembala kambing di tepian kolam, dikhuatiri ia akan tercebur dalamnya. Lantaran itu, jangan cuba-cuba bermain api, atau mengembala kambing di tepi sumur, takut lemas nanti.

“Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang? Kalau tak dilayan perempuan itu, tentu tak akan jadi kahwin lagi sorang.”
Lelaki sepatutnya perlu pandai mengawal diri. Kalau takut terjatuh hati, mengapa perlu berkawan rapat dengan wanita lain? Perilaku seumpama ini tidak ubah seperti orang yang bermain api. Kecil menjadi kawan, tetapi kalau sudah menyambar tangan ia melecur. Segala-galanya menjadi abu.

Satu lagi sabda Rasulullah s.a.w berbunyi:-

“Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu.”

Sekarang sudah jelas?

BACA:  Penting! Sila Ikut Pesanan PDRM Ini Jika Tidak Mahu Tertipu Dengan Macau Scam!

Alasan Ramai Lelaki Kuat Agama Kahwin Ramai
Orang-orang yang berpengetahuan di dalam agama, mereka akan mengelakkan diri daripada melakukan seks rambang yang di larang keras oleh Islam dan untuk itu mereka memilih cara yang di halalkan oleh Islam iaitu berkahwin lebih daripada satu dan ternyata, mereka ini berbeza dengan lelaki-lelaki lain yang kurang mementingkan hukum-hakam.

Namun, baik atau tidak seseorang lelaki itu, jikalau alasannya untuk berkahwin lagi seorang adalah kerana sunnah nabi semata, nescaya ia adalah tidak benar sama sekali. Ini kerana, lelaki memiliki nafsu yang sukakan wanita, sayangkan wanita secara semula jadi.

Mungkin setiap lelaki yang berkahwin lebih daripada satu mempunyai alasannya yang tersendiri, bukan hanya kerana seks tetapi refleksi daripada keinginan nafsu lelaki juga adalah untuk meraih perhatian kaum wanita agar bersimpati kepada mereka.

Menurut pandangan Dr. Zakir Naik pula, hanya di dalam kitab suci Islam iaitu Al-Quran sahaja yang membenarkan lelaki kahwini sehingga empat orang wanita. Secara realitinya, di dunia pada zaman ini memang perempuan lebih ramai daripada kaum lelaki kerana menurutnya, pakar-pakar perubatan banyak yang bersetuju, kematian kelahiran bayi lelaki lebih ramai berbanding bayi perempuan kerana bayi perempuan mempunyai daya ketahanan badan yang lebih tinggi dalam melawan kuman dan penyakit.

Jadi ketentuan tuhan itu memang benar belaka. Hanya tuhan yang tahu berapa ramai wnaita melebihi lelaki di seluruh dunia. Sebab itu tercatat di dalam Al-Quran untuk memberi petunjuk kepada kita… Islam membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang kerana kaum wanita di dunia ini sudah pun melimpah-ruah.

“Purata wanita di dunia lebih ramai berbanding lelaki.”

Andai kata, jika seorang lelaki hanya mengahwini seorang wanita, bagaimana pula nasib wanita-wanita yang lain? Pastinya mereka terpaksa membujang dengan keadaan hari ini yang mencatatkan angka wanita lebih ramai dariapda lelaki. Jelas?

BACA:  Hebatnya Amalan Ini, Jika Diamalkan Setiap Hari Jumaat, Allah Ampunkan Dosa Sebanyak 80 Tahun

Oleh itu, pilihan wanita bujang yang tidak menemui pasangan hidup tadi cuma ada DUA, sama ada dia berkahwin dengan lelaki orang atau terus menjadi wanita yang digunakan sebagai perempuan simpanan dan itulah yang terjadi di kebanyakan negara barat terutama Amerika.

Poligami Untuk Naikkan Martabat Wanita

Kajian mendapati, di Amerika rata-rata lelaki pernah menjalin hubungan cinta/seksual dengan 8 orang wanita berbeza sebelum betul-betul berkahwin dengan seorang wanita yang dicintainya secara muktamad. Apabila wanita dizalimi dengan hanya digunakan untuk kepuasan nafsu lelaki, sudah tentu maruahnya tergadai, mereka tidak akan dihormati bahkan tidak mendapat hak yang sepatutnya seorang wanita dapat.

Sebab itu, Islam membolehkan poligami. Apabila lelaki berkahwin dengan seorang perempuan sama ada perempuan itu isteri yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, maruah wanita itu akan terbela, dia akan dijaga dna disayangi sepenuh hati seterusnya mendapat penghormatan yang sewajarnya.

Kesimpulannya, apabila Allah mensyariatkan sesuatu seperti poligami, tentulah ia memiliki kebaikan yang tersendiri.

Tuhan maha mengetahui dan rupanya kerana kebanjiran bilangan wanita masa kini melebihi lelaki lah, sudah tertulis dalam Al-Quran sejak beribu tahun -membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang.
Asalkan mereka boleh berlaku adil pada isteri-isterinya.

“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki.” (QS. 4:3)

Wallahu a’lam bish-shawabi, semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua

sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!