≡ Menu

Kenapa Umat Islam Disarankan Membaca 3 Qul Sebelum Tidur? Ini Jawapannya


Anda semua maklum, kebanyakan orang Islam tahu apa yang dimaksudkan membaca Surah 3 Qul. Ianya bermaksud membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Kemudian disusuli dengan membaca Ayatul Qursi dan beberapa amalan lain jika mampu membacanya.

Sekurang-kurangnya hendaklah kita amalkan membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak 3 kali sebelum tidur kerana amalan ini mampu:

  • Menolak segala bentuk gangguan jin
  • Menolak segala bentuk gangguan syaitan
  • Menghindarkan diri dari terkena sihir
  • Menghindarkan diri dari terkena penyakit was-was
  • Menghindar diri dari segala bentuk kejahatan
  • Menghindar diri dari perkara-perkara buruk
  • Malah dalam amalan rawatan Islam antara surah yang sering dibaca ialah 3 Qul selain dari Ayatul Qursi dan Ayat Seribu Dinar kerana amalan ini mampu menjauhkan diri kita dari gangguan syaitan selain dari membersihkan hati dan permudahkan segala urusan seharian.

CARA-CARANYA

  1. Ketika kita berada di tempat tidur, seeloknya dalam keadaan duduk, sambil menadah kedua tangan, bacalah surah 3 Qul yang dimulai dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sehingga habis.
  2. Selepas membaca ketiga-tiga surah tersebut, hendaklah dihembus pada tapak tangan dan sapu pada muka dan seluruh badan, tangan dan kaki. Ulang perbuatan tersebut sebanyak tiga kali.
  3. Jika anda mempunyai anak-anak yang masih kecil, sebagai Ibu atau bapa anda boleh sahaja membaca surah tersebut, hembus pada tapak tangan dan kemudian sapukan pada seluruh badan anak.
BACA:  Kebaikan Habbatus Sauda. Patutlah Islam Menggalakkan Memakannya

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA, katanya:

“Nabi Muhammad SAW ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas).

Kemudian Baginda Nabi Muhammda SAW mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada seluruh anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan, tangan sehingga ke kaki. Baginda melakukan yang demikian itu sebanyak tiga kali.” – (HR Bukhari)

Surah Al Ikhlas
Maksudnya:

BACA:  Bagaimana Caranya Anda Menjadi Wanita Yang Di Tempatkan Di Syurga Kelak?

Katakanlah: Dia Allah. yang maha esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara denganNya.

Surah An Nas
Maksudnya:

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.Raja manusia.Sembahan manusia.Dari kejahatan (bisikan) setan yang biasa bersembunyi,yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,dari jin dan manusia.

Surah Al Falaq
Maksudnya:

Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh. Daripada kejahatan makhlukNya. Dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.

Semoga kita semua tidak meninggalkan amalan-amalan yang sangat mudah ini demi keselamatan kita dan keluarga kita. Lakukan sekadar kemanpuan anda secara berterusan. In Sha Allah semoga kita dan keluarga kita sentiasa dilindunginya. Aminn…

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!