≡ Menu

Kebaikan Merendam Kaki Di Dalam Air Garam! Subhanallah, Kaki Berbau Pun Boleh Hilang Baunya


Kebaikan rendam kaki dalam bancuhan garam.

Terbukti merendamkan kaki dalam air panas dicampurkan dengan sedikit garam selain dapat membuat kita menjadi lebih tenang dan ianya juga boleh membersihkan kuman yang bersarang di telapak kaki. Merendam kaki juga dapat membuat kaki kita menjadi lebih ringan.

Ianya juga sememangnya dipercayai dapat menghilangkan lenguh-lenguh dan kebas. Disebabkan oleh campuran garam dan air panas tersebut, ternyata ianya akan memberikan kesan yang berbeza kerana khasiat daripada garam tersebut. Garam bukit memang sesuai digunakan untuk perubatan dan kesihatan. Kalau ada yang berminat nak jadikan aktiviti ini rutin mingguan boleh baca kebaikannya bukan setakat untuk kaki sahaja:

1. Untuk menghilangkan bau pada kaki

Selepas kita membuka kasut, kadangkala ada bau yang tidak sedap bebas ke udara. Ternyata bau tersebut adalah daripada kaki kita. Keadaan ini sangat mengganggu kehidupan kita, apatah lagi ketika berada di tempat-tempat awam. Orang yang berdekatan dengan kita boleh terganggu dengan bau tersebut. Jika mengalami masalah ini, cubalah untuk merendam kaki denagan air panas dan garam. Ini kerana air garam boleh menghilangkan bakteria yang ada pada kaki.

BACA:  Selain Susu, Ini 7 Makanan Yang Penuh Dengan Kalsium! Ibu Mengandung Boleh Cuba

2. Dapat mengatasi masalah kulit kaki pecah-
pecah dan kasar

Merendam kaki di dalam air panas dicampurkan dengan garam dapat menanggalkan kulit mati dan dapat merawatnya. Untuk kaki pecah-pecah dan kasar, atasilah masalah untuk dengan rendaman kaki ini.

3. Dapat mengatasi selesema, demam, dan batuk

Tiga penyakit tersebut dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki di dalam air panas bercampur garam. ini kerana proses rendaman kaki tersebut membuat tubuh kita menjadi lebih segar dan sakit akan berkurangan.

4. Melegakan sakit kepala

Selain selesema, rendaman kaki dengan air panas dan garam juga bermanfaat untuk rawatan sakit kepala. Sakit kepala yang kadang kala berlaku kerana perubahan cuaca secara mendadak memang menyekat aktiviti seharian anda, jadi boleh cuba aktiviti ini untuk mengurangkan tekanan pada pembuluh darah disebabkan perubahan cuaca.

BACA:  2 Terbunuh Dalam Letupan Di Gaza, Israel Nafi Serangan Dari Mereka

5. Untuk menenangkan jiwa

Proses rendaman air panas dan garam juga dapat menenangkan jiwa dan memberikan kesegaran pada tubuh kita. Apabila pengaliran darah di kaki menjadi lebih baik, ianya mengurangkan stres pada badan dan minda kita.

6. Perjalanan darah menjadi lancar

Air panas yang telah dicampurkan dengan garam juga amat bermanfaat untuk memperlancarkan perjalanan darah. Tidak hanya air panas bergaram, tetapi juga air panas biasa.

7. Dapat menghilangkan kuman dan bakteria yang bersarang pada kaki

Segala kuman dan bakteria penyebab kaki berbau, kaki menjadi kasar akan dapat diatasi dengan cara merendamkan kaki menggunakan air panas yang dicampurkan dengan garam.

Itulah antara 7 kebaikan merendam kaki di dalam air panas dan garam, tetapi haruslah diingat ianya juga bergantung kepda kesesuaian diri kita juga, jika mengalami masalah alahan terhadap air rendaman, silalah hentikannya dengan segera dan dapatkan nasihat daripada doktor.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!