≡ Menu

Jika Ibu Berdarah O, Anak Lebih Senang Kena Demam Kuning Semasa Dilahirkan!


Bagi pengetahuan semua, emak yang mempunyai darah jenis O akan mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kuning ketika baru lahir. Untuk memahami kenapa perkara ini berlaku, kita kena faham kenapa ada blood grouping system

Seperti yang kita tahu badan manusia tidak akan membenarkan benda asing seperti bakteria, virus, fungus dan juga sel-sel yang lain untuk memasuki badan kita. Cara badan kita nak kenalpasti benda asing ini adalah mengenal pasti antigen-antigen yang terletak pada permukaan sesuatu benda asing tersebut.

Berkenaan dengan antigen ini, cuba kita bayangkan diri kita sendiri. Setiap seorang daripada kita mempunyai IC sebagai bukti yang kita ini adalah rakyat Malaysia. Siapa yang tidak mempunyai IC ataupun dia mempunyai passport adalah bukan rakyat Malaysia. Jadi kita tahu siapa yang sebenarnya betul-betul rakyat Malaysia ataupun pendatang asing.

Ini memudahkan penguatkuasaan undang-undang jika berlakunya sesuatu. Begitu juga antigen ini. Ianya boleh digambarkan seperti IC yang menunjukkan bahawa sel itu berasal daripada tubuh badan kita sendiri ataupun sesuatu yang asing.

Jika ianya asing, maka sel darah putih akan menangkap ataupun istilah yang lebih tepat adalah memakan sel asing tersebut dan membunuhnya. Inilah adalah salah satu mekanisma pertahanan badan untuk mengelakkan benda asing mencerobohi badan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

ABO grouping

Dalam sel darah merah, ada beberapa jenis antigen yang digunakan untuk system grouping. System grouping bagi sel darah merah yang selalu digunakan di Malaysia ada 2 jenis iaitu ABO dan juga rhesus daripada 30 lebih sistem grouping yang lain.

Dalam post ini kita cerita pasal ABO grouping sahaja. Saya cuba ringkaskan seringkas yang mungkin supaya semua boleh faham. Sesorang itu ditentukan jenis darahnya pada antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah. Jika sel darah itu ada antigen jenis A, maka darah itu jenis A. Jika sel darah itu ada antigen jenis B, maka kita katakan ia adalah darah jenis B.

Apa pula cerita darah jenis O? Pada darah jenis O tidak wujudnya kedua-dua antigen tersebut. Makna kata, Antigen A dan B tidak wujud pada permukaan sel darah merah orang yang mempunyai darah jenis O. Kalau darah jenis AB pula bermaksud, kedua-dua antigen A dan B itu akan hadir pada permukaan sel darah merah

Yang paling penting adalah perkara yang akan saya terangkan ini. Sesiapa yang mempunyai darah jenis A akan menghasilkan antibodi yang akan melawan darah jenis B. Manakala, siapa yang mempunyai darah jenis B pulak akan menghasilkan antibody untuk melawan darah jenis A.

Orang yang mempunyai darah jenis O pula akan menghasilkan antibody yang akan melawan kedua-dua darah jenis A dan juga B. Orang yang mempunyai darah jenis AB pula tidak akan menghasilkan antibody untuk melawan kedua-dua jenis antigen tersebut.

Saya ringkaskan,

Darah Jenis A —–> menghasilkan antibody B

Darah Jenis B —–> menghasilkan antibody A

Darah jenis O —–> menghasilkan antibody A dan B

Darah jenis AB —–> tidak menghasilkan antibody

Jadual ringkas berkenaan kumpulan darah ABO berserta antibodi yang dihasilkan oleh mereka

ANTIBODI NI APA PULAK?

SECARA RINGKASNYA ANTIBODY INI ADALAH PROTEIN YANG AKAN MENYERANG SEL YANG MEMPUNYAI ANTIGEN TERSEBUT. SEBAGAI CONTOH, ANTIBODY B AKAN MENYERANG SEL DARAH MERAH JENIS B DISEBABKAN IANYA MEMPUNYAI ANTIGEN B PADA PERMUKAAN SEL DARAH MERAH ITU. SEBAB ITU DARAH JENIS A TIDAK BOLEH DIDERMAKAN PADA ORANG YG MEMPUNYAI DARAH JENIS B

BACA:  Trumph Ugut Potong Bantuan Kepada Palestin Sebanyak $300 Juta Dolar

Kenapa Ibu yang mempunyai darah jenis O menyebabkan bayi senang kena kuning?
Hanya bayi yang mempunyai darah selain daripada O iaitu A, B dan AB akan mempunyai risiko yang tinggi untuk kuning. Kalau bayi itu sendiri mempunyai darah jenis O, ianya tidak berisiko untuk mendapat kuning walaupun emak mempunyai darah jenis O. Ini kerana seperti yang saya katakan diatas bahawa seseorang yang mempunyai darah jenis O akan menghasilkan antibody untuk melawan darah jenis A, B dan juga AB.

Ketika proses kelahiran, darah jenis O ibu yang mempunyai antibody A dan B mungkin akan bercampur dengan darah bayi dan menyebabkan antibody ini menyerang sel darah bayi. Ini menyebabkan sel darah merah itu pecah dan produk akhir adalah bilirubin yang menyebabkan kekuningan pada bayi. Jika kandugan bilirubin dalam darah terlampau tinggi, maka perlunya bayi tersebut menjalani ‘phototherapy’ untuk mengurangkan jaundice.

Jika kuning terlampau tinggi, bayi akan diletakkan dibawah lampu khas untuk mengurangkan kekuningan pada bayi
Oleh itu, kalau datang ke klinik sebab bayi kuning tiba-tiba doktor tanya emak darah jenis apa, tak perlu pelik dan tertanya-tanya. Ini disebabkan ia ada kaitan dengan kekuningan pada bayi

Sekian.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel