≡ Menu

Jantung Anda Berdegup Laju Walaupun Tidak Bersenam? Ketahui Risiko Yang Mungkin Anda Hadapi


 

Apa itu Degupan Jantung Laju?

Degupan jantung laju, palpitasi jantung, atau takikardia ialah perasaan bahawa jantung anda berdegup dengan laju atau melangkau degupan. Anda mungkin akan merasa seperti jantung berlumba, atau melompat dengan rima yang tidak normal. Keadaan ini kadangkala dapat dirasai pada leher, tekak atau dada.

Apakah kebarangkalian Degupan Jantung Laju?

Degupan jantung laju ialah keadaan kesihatan yang biasa berlaku kepada sesiapa pun tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

BACA:  Soya Boleh Menyebabkan Kanser Dan Cyst? Baca Lebih Lanjut

Simptom-simptom

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apakah simptom-simptom Degupan Jantung Laju?

Simptom yang biasa berlaku sewaktu degupan jantung laju ialah:

  • Sesak nafa
  • Pening
  • Penat secara tiba-tiba
  • Degupan jantung yang tidak normal
  • Sakit dada
  • Sesetengah orang dengan takikardia tidak mempunyai sebarang simptom dan hanya disedari melalui pemeriksaan kesihatan.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami simptom degupan jantung laju seperti yang dinyatakan.

Apakah Punca Degupan Jantung Laju?
Degupan jantung laju disebabkan pelbagai faktor yang mempengaruhi aktiviti jantung termasuklah:

  • Penyakit jantung
  • Penyakit jantung yang diwarisi
  • Anemia
  • Senaman berlebihan
  • Stres
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Demam
  • Eletrolik tidak stabil
  • Penyalahgunaan alkohol atau kafein atau kokain
  • Kesan sampingan ubat
  • Tiroid terlebih aktif.
BACA:  Amalan Doa Pengasihan Nabi Yusuf Paling Ampuh

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Degupan Jantung Laju?

Terdapat banyak faktor risiko degupan jantung laju, seperti:

  • Penyakit arteri koronari
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyalahgunaan alkohol atau kafein
  • Stres
  • Anemia
  • Penyakit jantung yang diwarisi
  • Keradangan jantung
  • Penyakit paru-paru yang kronik
  • Usia: jantung orang tua lebih berisiko tinggi mengalami degupan jantung laju.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel