≡ Menu

Jangan Takut Mulut Busuk. Ini Khasiat Makan Bawang Putih Yang Anda Perlu Tahu.


Mungkin sebahagian daripada kita menggangap menjaga kesihatan itu sebagai perkara yang biasa, sedangkan nikmat sihat adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli. Menjaga pemakanan antara salah satu faktor yang menyumbang kepada kesihatan. Tidak kira kita berada pada peringkat umur berapa, kesihatan perlu menjadi keutamaan.

Ubat-ubatan antara alternatif yang akan kita ambil bila disahkan menghidapi penyakit. Tanpa kita sedar, kebanyakkan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan mempunyai manfaat yang tersembunyi dan baik untuk tubuh.

Bawang Putih telah wujud sejak 5000 tahun lalu lagi dan digunakan dalam bidang perubatan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Bukan hanya digunakan untuk kesihatan malah khasiatnya turut berupaya untuk membantu kecantikan luaran dan dalaman.



Serangan jantung antara penyakit berbahaya yang menduduki tempat pertama sebagai pembunuh nombor 1 di Amerika Syarikat dan diikuti oleh kanser di tangga yang kedua. Melalui penyelidikan yang telah dilakukan mereka mengiktiraf bawang putih sebagai salah satu alternatif dan juga agen yang boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit seperti kardiovaskular hipertensi, dan diabetes.

BACA:  Khasiat Minyak Bawang Putih Yang Tak Ramai Antara Kita Yang "Aware"

Sebatiannya dapat melindungi tubuh anda daripada risiko penyakit berbahaya seperti kanser. Risiko peratusan bagi orang yang makan bawang putih, buah-buahan dan sayur-sayuran lebih rendah berbanding seseorang yang tidak mengamalkannya. Pengambilan bawang putih secara mentah, lebih memberi impak yang positif kepada tubuh seseorang.

Apabila sistem imun dalam tubuh tidak kuat, maka kebarangkalian untuk terkena sebarang jangkitan penyakit adalah mudah terutama seperti batuk dan selesema. Jangkitan ini disebabkan banyaknya microorganisma dalam tubuh anda. Namun, khasiat yang terkandung dalam bawang putih dapat membunuh kuman tersebut dan menghindarkan anda daripada terkena sebarang jangkitan daripada luar.

Para penyelidik di universiti luar negara, menggunakan bawang putih sebagai bahan uji kaji yang boleh merawat masalah botak. Mereka menggunakan minyak bawang putih pada kepala, dan ingin melihat keberkesanannya untuk masalah tersebut. Walaupun mereka tidak melakukan secara langsung, tetapi mereka berpendapat penyelidikan ini lebih baik daripada menggunakan ubat rambut.

BACA:  Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur, InsyaAllah Hutang Sebanyak Mana Pun Akan Habis

Alzheimer adalah sejenis penyakit yang membuat kita semakin lupa tentang kehidupan kita termasuk nama sendiri serta keluarga. Ekstrak yang terdapat dalam bawang putih boleh membaiki sel-sel yang rosak seterusnya menghindarkan daripada penyakit dementia.

Pengambilan bawang putih mengikut keperluan tubuh amat digalakkan tetapi sekiranya diambil secara berlebihan ia boleh mendatang mudarat pada kesihatan tubuh badan. Memastikan tubuh sentiasa sihat dan kekal cergas amat penting untuk memudahkan anda melakukan pelbagai aktiviti termasuk yang lasak.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!