≡ Menu

Jangan Sesekali Solat Di 7 Tempat Ini. Rasulullah Sudah Melarangnya


Soalan

Apakah tempat yang makruh kita lakukan solat?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat berikut adalah haram mengikut pendapat ulama’ Hanbali dan dianggap makruh mengikut pendapat ulama’ Syafi’e dan Hanbali. Hukum makruh di sisi ulama’ Hanafi pula adalah secara tahrimiyyah kerana kenyataan larangannya terdapat dalam Hadith Sunnah. Mereka biasanya menyebut perkara ini dalam perbincangan tentang syarat-syarat sembahyang yang berkaitan dengan kebersihan tempat untuk mengerjakan sembahyang.

BACA:  Terangsang Ketika Berpuasa: Beza Antara Mazi Dan Mani

Berhubung dalam hal ini, Ibn Umar R.Anhuma telah meriwayatkan Hadith:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُصَلَّى فِي سَبْعَةِ مَوَاطِنَ : فِي الْمَزْبَلَةِ ، وَالمَجْزَرَةِ ، وَالمَقْبَرَةِ ، وَقَارِعَةِ الطَّرِيقِ ، وَفِي الحَمَّامِ ، وَفِي مَعَاطِنِ الإِبِلِ ، وَفَوْقَ ظَهْرِ بَيْتِ اللَّهِ.

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW telah melarang daripada melakukan sembahyang di tujuh tempat, iaitu: dalam tempat buangan sampah, di tempat sembelihan, di atas kubur, di tempat lalu lalang, dalam bilik mandi, di tempat rehat unta dan di atas (sutuh) Baitullah.”

BACA:  Masya'Allah. Ayat Quran Yang Boleh Dijadikan Doa Agar Selalu Disayangi Dan Dirindui Pasangan

Hadis ini jika sah, maka mengikut ulama’ Hanbali hanya menunjukkan haram mengerjakan sembahyang di tempat yang telah disebutkan itu. Hikmah larangan tersebut dan juga hukumnya secara terperinci boleh dirujuk dalam kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 1/826.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita terutamanya berkaitan agama Islam yang kita anuti dan kita amalkannya ini. Ameen.

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!