≡ Menu

Jangan Mandi Pada 3 Waktu Ini Untuk Menjaga Kesihatan Jantung Kita


Telah disebarkan satu tulisan yang melarang mandi pada tiga waktu tertentu yang kononnya menyebabkan seseorang akan mendapat penyakit tertentu. Antara waktu yang dikatakan, dilarang mandi itu ialah selepas asar, selepas maghrib dan selepas Isyak.

Ia mungkin berdasarkan pengalaman yang berlaku kepada sesetengah orang, tetapi secara umumnya larangan tersebut tidak tepat dari sudut kesihatan.

Berikut adalah ulasan menurut saya selaku seorang pengamal perubatan moden berkaitan dengan larangan mandi ini.

1. 30 Minit Setelah Solat Asar.

Darah badan kita sentiasa panas dengan julat suhu 36.5 hingga 37.5 celcius, sesuai dengan spesies manusia sejenis mamalia yang berdarah panas. Jika kita mandi sekalipun, darah kita tidak akan berubah sama ada sejuk atau terlalu panas.
Keseimbangan akan tetap terjamin. Mandi pada ketika ini dibolehkan dan tiada kesan kesihatan. Penat dan lelah secara lumrahnya boleh berlaku setelah kita berkerja sepanjang hari, tiada kaitan pun dengan mandi.

BACA:  Rancangan Perdamaian US untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin. Adil Ke?

2. Setelah Maghrib

Jantung manusia bekerja sepanjang waktu, tidak mengenal penat dan lelah. Bagi orang yang normal degupannya berdetak antara 60 – 110 kali seminit. Tiada istilah jantung lemah kecuali orang yang diserang penyakit jantung lemah.

Tiada kajian pun mengaitkan mandi selepas Maghrib atau mandi malam menyebabkan paru-paru berair. Mitos mandi malam penyebab paru-paru berair ini selalu disebarkan dalam masyarakat kita.
Zaman dahulu, orang tua-tua melarang mandi malam kerana kesusahan untuk ke perigi yang berada di luar rumah. Elektrik pun tiada dan gelap malam yang menyusahkan untuk bergerak. Sekarang zaman sudah berubah.

BACA:  Saya belajar mengenal penipu untuk hidup. Saya tidak pernah melihatnya seperti Presiden Trump

3. Selepas Isya’

Jika jantung kita terhenti, pengsan lah kita atau tanda kematian. Tidak sesekali jantung kita akan istirahat atau berhenti melakukan tugasnya mengepam darah ke seluruh tubuh.
Mandi selepas isya’ tidak mendatangkan mudarat kepada badan ataupun jantung berair. Malah mandi di awal pagi bukannya teknik untuk cas semula jantung.

Allah jadikan jantung kita sesuatu yang unik, tidak perlu dicas atau diletakkan bateri kecuali penyakit tertentu seperti rithma jantung tidak menentu (cardiac arrytmia) yang memerlukan pacemaker(pembedahan).
Semoga dengan penjelasan ini boleh menghilangkan kerungsingan anda untuk terus membersihkan badan, seterusnya melakukan ibadah dengan sempurna.

sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!