≡ Menu

Isu Halangan Pekerja Bertudung Tidak Berperlembagaan – Nazri Aziz


Menteri Kebudayaan Dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz menyergah hotel-hotel yang berani mempraktikkan halangan bertudung bagi pekerja-pekerja di bahagian hadapan hotel (front office) tersebut sebagai satu amalan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap di Parlimen semalam, beliau menegaskan sebagai sebuah negara Islam ianya bukanlah sesuatu yang kita boleh berkompromi dan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia seperti MAH sepatutnya lebih faham.

“Tidak pakai tudung di kaunter adalah non-negotiable.”

Malah beliau menegur jawapan semberono Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) yang menegaskan bahawa pekerja yang memakai tudung boleh bekerja di hotel-hotel tetapi di bahagian belakang atau sebagai tukang cuci sahaja. MAH juga ditegur kerana tidak menasihatkan kepada persatuan hotel-hotel antarabangsa bahawa di Malaysia ianya bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi.

BACA:  17 Tanda Tanda Husnul Khatimah. Kematian Yang Diidamkan Setiap Insan Yang Beriman

“MAH, persatuan Malaysia sepatutnya mereka yang nasihatkan kepada persatuan dan bukannya cakap boleh bekerja tetapi di belakang kaunter. Apa yang hina sangat bekerja di belakang kaunter? Jadi housekeeper boleh? Cuci pinggan boleh? Mana boleh kompromi? Saya Menteri Kebudayaan…di negara mereka lantaklah, ini di negara kita!” Tegasnya lagi.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa kerajaan juga tidak pernah mewajibkan pekerja bukan Islam di depan kaunter untuk bertudung dan kenapakah pula pekerja Islam diperlakukan sedemikian di negara mereka sendiri. Malah, isu ini juga rentas agama, mungkin terdapat sesetengah penganut agama Sikh yang menderita dalam diam yang dipaksa untuk buka serban jika mahu bekerja di kaunter depan.

BACA:  Siang Malam Pergi Gym, Akhirnya, Dosa Yang Dapat. Masya'Allah

“Orang Sikh sendiri tentunya sudah suffer in silence, tidak ada ruang untuk perundingan, siapa yang melakukan perkara ini adalah melanggar perlembagaan kita.”

Sumber – Menara

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel