≡ Menu

Inilah Masalah Kesihatan Yang Boleh Diselesaikan Dengan Bawang Putih. Hebatnya!


Bawang putih merupakan salah satu antara superfood. Ia mempunyai banyak khasiat untuk kita. Bawang putih sangat bagaus untuk kesihatan dalaman. Penggunaan bawang putih juga sebagai penambah rasa bagi masakan dan sebagai penggunaan bagi penjagaan kesihatan dan kecantikan luaran. Namun bukan itu sahaja, bawang putih juga dikatakn dapat mencegah pelbagai jenis penyakit. Sungguh mengagumkan khasiat yang terdapat dalam bawang putih ini.

Antara Penyakit Yang Boleh Dihindarkan Dengan Mengamalkan Bawang Putih
Migrain
Pada kebiasaannya, masalah migrain jarang berlaku pada mereka yang mengambil bawang putih dengan kerap dalam makanan seharian mereka. Hal ini kerana bawang putih dikatakan dapat mencairkan dan membersihkan darah kita. Langkah yang paling penting adalah mengurangkan kandungan MSG dalam setiap makanan yang kita ambil.

Kanser
Kandungan Senyawa Allium atau nama lainnya Genus Onion-Garlic yang ada pada bawang ini dikatakan dapat meningkatkan kekebalan tubuh. Kandungan ini juga dapat menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser dapat dikurangkan dari menjangkiti sel-sel dalam tubuh badan kita. Hasil penyelidikan yang dijalankan, bawang merah, daun bawang dan daun timah mengandungi khasiat yang sama dengan bawang putih. Khasiat ini dapat mengurangkan risiko kanser perut dan usus Hasil penyelidikan, bawang ini sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat mengurangkan risiko kanser perut dan usus dari menjangkiti seseorang itu.

BACA:  Sungguh Ngeri, Tanda Tanda Kedatangan Dajjal

Batuk, Selesema dan Hidung Tersumbat
Pengambilan minuman herba dari gabungan madu, bawang merah dan bawang putih dapat mengurangkan masalah hidung tersumbat. Gabungan ini dapat menghasilkan satu minuman herba yang sangat efektif dalam mengurangkan masalah hidung tersumbat dan juga selsema. Menurut pakar herba, gabungan bahan ini sangat baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.

Menstabilkan Gula dalam Darah
Risiko diabetes dapat dikurangkan sekiranya pengambilan bawang putih yang mengcukupi dalam setiap sajian. Jadi tidak hairanlah mereka yang merupakan penghidap penyakit diabetes ini akan akan mencari bawang putih ini. Khasiat yang mencukupi dari pengambilan bawang putih dapat menstabilkan tahap gula dalam badan individu tersebut.

Mengatasi Masalah Jerawat
Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat, jangan bimbang lagi kerana bawang ini merupakan penyelesaian kepada jerawat dan jeragat yang anda alami. Namun anda harus ingat, jangan terus mengoleskan bawang putih ke muka anda selepas dikopek kerana ia akan menyebabkan kulit anda merasa pedih. Anda perlu rendamkan terlebih dahulu bawang putih tersebut sebelum dioleskan pada wajah anda.

Merawat Tekanan darah tinggi

Bagi mereka yang mempunyai masalah darah tinggi, anda boleh cuba mengawalkan pengambilan bawang putih dalam makanan anda setiap hari. Dalam satu kajian yang dijalankan di UK, selain bawang putih inidapat mengurangkan mrisiko diabetes, ia juga dapat mengurangkan risiko strok.

BACA:  Bulan Ramadhan Sudah Dekat, Jom Refresh Balik Apa Itu Puasa Yang Sebenar

Mengurangkan Bengkak
Kandungan antibiotik yang terdapat pada bawang ini boleh mengurangkan jumlah bakteria dan disinfect bengkak tersebut seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan. Dengan meletakkan bawang putih yang diketuk atau dikisar kasar pada kawasan yang bengkak, ia dapat mnegurangkan bengkak pada kawasan tersebut.

Rawatan Psoriasis
Psoriasis merupakan penyakit kulit yang mengakibatkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan bersisik. Dengan mengoles bawang putih di kawasan kulit yang dijangkiti psoriasis, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan masalah penyakit kulit ini. Risiko penyakit ini berulang juga dapat dikurangkan.

Melebatkan Pertumbuhan Rambut

Bagi mereka yang mempunyai masalah rambut jarang, anda boleh cuba menggunakan bawang putih untuk melebatkan rambut anda. Kandungan yang ada di dalam bawang putih seperti sulfur merupakan salah satu agen dalam proses melebatkan rambut anda. Letakkan bawang putih di sekitar kulit kepala anda dan urutkan perlahan.

Tak semua orang suka makan bawang putih kan? Bukan makan sebiji terus. Anda boleh kisarkan halus terlebih dahulu dan masukkan dalam masakan. Walaupun saiznya agak kecil, tetapi khasiatnya sangat baik untuk kesihatan diri kita. Amalkan selalu pengambilan bawang putih dalam makanan anda dan elakkan memakan makanan yang memudaratkan kesihatan anda.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel