≡ Menu

Inilah 3 Tanda Kita Beroleh Keberkatan Dalam Hidup


1. al-Imam Hasan Al-Basri pernah berpesan kepada kita satu nasihat tentang keberkatan hidup. Kata Hasan Al Basri:

علامة إعراض الله تعالى عن العبد أن يجعل شغله فيما لا يعنيه.

“Salah satu tanda bahawa Allah telah berpaling dari hambanya adalah, dia menyibukkan hambanya dengan perkara yang sia-sia.”

Bererti, kalau hidup kita banyak disibukkan dengan perkara yang sia-sia, itu barangkali salah satu tanda jauhnya hubungan kita dengan Allah.

Jangan terlalu banyak membuang masa dengan perkara yang sia-sia seperti bermain game, menonton perkara yang tidak bermanfaat di Youtube atau menghabiskan masa di media sosial. Kerana dibimbangi, aktiviti yang sia-sia ini adalah tanda Allah menjauhi kita.

BACA:  Awas, Jika Si Manja Kerap Hidung Tersumbat! Ibu-ibu Perlu Baca

2. Bahkan seorang tokoh Sufi dari Baghdad, iaitu Sheikh Maaruf al-Karkhi pernah berpesan:

كلام العبد فيما لا يعنيه خذلان من الله تعالى.

“Sesungguhnya ucapan atau kata-kata seorang hamba yang tidak memberi manfaat untuk dirinya adalah satu kehinaan di sisi Allah.”

Bererti sekiranya kita terlalu banyak berbual atau bersembang perkara yang tidak memberikan manfaat buat diri kita, ia adalah satu yang hina di sisi Allah.

3. Seorang Muslim seharusnya meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat buat dirinya. Menyibukkan diri dengan perkara yang sia-sia adalah salah satu petanda kehidupan yang tidak berkat. Mereka adalah golongan yang membuang masa. Dan membuang masa ini adalah lebih teruk dari kem4tian kerana m4ti hanya memisahkan kita dari dunia sedangkan membuang masa menjauhkan kita dari Allah.

BACA:  Isu Baitulmaqdis: Lebih 600 rakyat Palestin ditahan sejak pengumuman Trump

Bagaimana kehidupan seseorang boleh dianggap diberkati sekiranya perlakuannya tidak disukai Allah, bahkan perlakuan sia-sia ini adalah tanda Allah menjauhi kita.

Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel