≡ Menu

Ibu bapa sibuk dengan smartphone, si anak termangu bersendirian


Apabila keluar bersama keluarga tidak kiralah ke mana-mana sekalipun, luangkanlah masa bersama sehabis baik. Jangan sesekali membiarkan telefon pintar atau smartphone merampas saat-saat bersama keluarga seperti yang dilakukan kebanyakan orang pada hari ini.

Tidak dinafikan smartphone itu penting pada hari ini. Selain itu juga, smartphone digunakan oleh ibu bapa untuk mengawal anak-anak kecil ketika berada di premis makan atau yang sewaktu dengannya.

Tetapi sampai bila kita mahu menjadikan peranti elektronik itu sebagai peneman kepada anak sehingga anak suatu masa kelak mengabaikan ibu bapanya seperti mana dia diabaikan?

Semoga perkongsian dari saudara Syahnaz Razlan ini membuka mata golongan ibu bapa untuk luangkan lebih masa bersama anak-anak berbanding smartphone.

BACA:  Doa Yang Ringkas Dan Mudah Diamalkan Ketika Menziarahi Orang Yang Sakit

TUHAN menegur kita dengan pelbagai cara dan kali ini, peringatan disampaikan melalui keluarga kecil ini.
Mereka tiba di kafe lebih kurang sama masa dengan kami. Dari saat dia sampai sehinggalah kami mahu beredar, lebih kurang 45 minit. Sepanjang tempoh itu, 90% dari masa mereka bersama, tak lekang telefon bimbit dari tangan pasangan berkenaan

Nak kata mungkin sedang sibuk dengan urusan kerja, ada disulami sengih dan gelak kecil. Termangu sendirian si anak memerhatikan gelagat manusia.

Sesekali si anak bertanya kepada bapa, yang dijawab dengan acuh tak acuh. Sorry but can’t help not to eavesdropping because your voice was quite hight.

BACA:  3 Punca Rambut Kerap Gugur Dengan Tidak Terkawal! Ubah Segera

Mungkin disangkakan pelanggan di meja sebelah tidak faham. Kebanyakkan masa si kecil itu termenung seperti dalam gambar. Sepi.

Geram bila melihat keadaan itu, tetapi kadang-kadang terjebak juga. Terleka dengan telefon bimbit bila anak-anak ada di sisi. Walau seminit dua, tetapi cukup untuk anak-anak rasa terabai. Apatah lagi kalau lama seperti yang si kecil ini alami.

Semoga kita semua saling ingat mengingati. Jangan sampai hanya sesal bila sudah terlewat.

Nokia was Connecting People, smartphones are undoing it.

Sumber: Syahnaz Razlan

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!