≡ Menu

Hukum Solat Dengan Memakai Singlet! Lelaki Perlu Baca!


Masa budak-budak dulu selalu tengok ada di dalam ahli keluarga, kawan-kawan dan kadang-kadang diri sendiri solat tidak pakai baju. Ada yang pakai kain pelikat sahaja manakala ada yang memakai singlet. Apakah hukum solat memakai singlet tanpa lengan.

Memakai singlet tanpa lengan bermakna nampak bahu. Atas bahu hanya tertutup dengan singlet sedikit sahaja. Hanya dalam ukuran seinci. Adakah sah solat jika berpakaian sedemikian? Jom kita terus membaca.

“Janganlah salah seorang daripada kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana tidak ada sesuatu di atas dua bahunya”. Hadis Riwayat Al Bukhari (359).

solat tidak memakai baju
Pakailah pakaian yang bersih dan harum kerana anda mahu mengadap sang penciptamu
Sesetengah para ulama’ berpendapat bahawa orang yang bersolat tanpa menutup kedua bahunya adalah HARAM. Manakala Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafie dan Jumhur berpendapat hukumnya adalah Makruh Tanzih.

BACA:  Amalkan 5 Perkara Ini Untuk Menjemput Kebahagiaan Di Dunia Dan Akhirat

Apakah Makruh Tanzih?

Makruh bermaksud dibenci. Ada dua jenis makruh iaitu Makruh Tahrimi dan Makruh Tanzih. Makruh Tahrimi ialah perkara yang dibenci dan mendatangkan dosa. Manakala Makruh Tanzih ialah perkara yang dibenci tetapi tidak mendatangkan dosa.

Mufti Wilayah Persekutuan Dato’ Seri Dr. Zulkifli mohamad Al-Bakri membuat kesimpualan bahawa solat hanya memakai singlet atau tidak memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu orang lelaki, hukumnya adalah MAKRUH dan solat mereka itu adalah SAH.

Allah berfirman di dalam Surah Al Araaf Ayat 31 yang bermaksud:

surah al Araaf ayat 31
Al Araaf 31
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”.

BACA:  Elakkan Makan Kacang Soya Ketika Mengandung. Ini Sebabnya

Imam Al-Thabari Rahimahullah di dalam tafsirnya mengatakan bahawa perkataan KHUZUU ZIINATAKUM (bertanda merah dalam suarah Al Araaf di atas) bererti pakaian yang menutup aurat.

hukum solat pakai baju lengan pendek
Pakailah pakaian yang sempurna semoga ibadat kamu lebih sempurna
Semoga kita semua tahu hukum sebenar jika solat tanpa memakai baju atau memakai singlet. Seeloknya kita pakailah baju mana tahu jika hanya memakai kain pelikat atau seluar, dikhuatiri lurah di belakang ternampak dan membatalkan solat. Wallahu A’lam.

Apa komen anda? Sila like dan share mana tahu artikel ini memberi pengetahuan baru kepada anda atau anda ingin sampaikan kepada orang lain. Sama-sama kita mengundang pahala percuma.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!