≡ Menu

Hati-Hati Kalau Bercuti Di Korea Selatan, Anda Mungkin Tak Sedar Perbuatan Anda Di Dalam Hotel Dirakam


Polis Korea Selatan menahan dua orang lelaki kerana merakam aktiviti kira-kira 1,600 orang pelancong di hotel-hotel seluruh negara secara rahsia dan membuat siaran langsung, baru-baru ini.

Kedua-dua suspek, yang tidak dinamakan, bertindak memasang kamera tersembunyi dalam 42 buah bilik di 32 hotel yang terletak di 10 buah bandar Korea Selatan sejak November tahun lepas sehingga awal bulan ini.

Ketika ditahan, pihak polis turut menemui kamera mini dengan lensa berukuran 1mm di dalam beberapa buah kotak serta lebih 800 buah klip video yang dipercayai dirakam secara rahsia dan disiar secara langsung menggunakan ‘server’ luar negara.

BACA:  7 Nasihat Penting Sebelum Bawa Anak Berziarah! Ibu Bapa Perlu Baca!

Pihak polis juga percaya, sehingga saat ditahan, kedua-dua suspek sudahpun memperoleh pendapatan sebanyak 7 juta Won (RM 25,177) daripada orang awam yang mahukan akses kepada kandungan tersebut.

Dua lagi lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah berkenaan sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Hasil siatan polis juga mendapati bahawa pihak pengurusan hotel tidak mengetahui bahawa kedua-dua suspek memasang kamera di hitel-hotel terlibat.

Korea Selatan ketika ini berdepan dengan masalah penularan ‘molka’, iaitu perbuatan merakam secara rahsia aktiviti wanita-wanita di tempat awam untuk tujuan seksual. Antara kawasan yang sering menjadi sasaran aktiviti kumpulan penjenayah ini termasuklah tandas awam, kedai makan, hotel-hotel serta rumah mangsa sasaran.

BACA:  Akibat Viral! Wanita Disihir Sehingga Perut Mengembang Macam Nak Meletup

Pada tahun lepas, pergerakkan wanita Korea Selatan turut turun ke jalan menuntut kerajaan mengenakan hukuman lebih berat kepada pelaku-pelaku yang berjaya ditangkap.

Ketika ini, pelaku-pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 5 tahun dan denda sekiranya didapati bersalah.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel