≡ Menu

Hati-Hati Beri Ubat Demam Pada Anak, Jika Tersilap Boleh Maut!


Satu pengajaran untuk ibu bapa yang cuai dan leka dengan tidak sengaja meletakkan ubat-ubatan di tempat yang mudah dicari oleh anak mungkin akan menyebabkan kejadian yang tidak diingini. Salah satunya, kanak-kanak yang keracunan paracetemol boleh menyebabkan kematian atau akan melibatkan rosak hati.

Apabila dalam keadaan cemas, pasti anda akan mengikut saja apa yang orang lain suruh lakukan tanpa bersegera ke hospital terlebih dahulu. Akan ada banyak petua-petua yang kurang sahih secara tidak langsung kita akan terikut. Khabar angin atau mitos seperti ini tidak memberi kebaikan malah akan membahayakan nyawa.

Perkara ini mungkin nampak seperti tidak bahaya tetapi jika terlebih ubat boleh membunuh. Sewaktu itu, nasi sudah menjadi bubur. Oleh itu, ikuti perkongsian jururawat Bel Nawhen ini wajib untuk dibaca kerana kurangnya ilmu pengetahuan ibu bapa, nyawa anak hampir diragut.

BACA:  Bagaimana Mengajarkan Islam kepada Anak-Anak agar Mereka Tidak Biadap?

1. Ikut Pusat Racun Negara, jika anak minum paracetamol melebihi 140mg/kg dari berat badan, boleh sebabkan kecederaan hati yang amat serius serta kematian. Sebab tu pengiraan dosage dilakukan untuk bayi dan kanak-kanak mengikut berat badan.

2. Jangan jolok tekak anak sebab kita bimbang aspirated pneumonia pula (muntah masuk paru-paru), dah berganda masalah.

3. Puasakan anak dan jangan bagi apa-apa makanan atau minuman hingga selesai dinilai oleh doktor. Jika anda beri makanan/minuman, anda akan bantu penyerapan ubatan itu dengan lebih cepat dan lebih membawa mudarat.

BACA:  “Kami Boleh Musnahkan Israel Dalam Masa Kurang 12 Minit” – Komander Pakistan

4. Bawa anak ke hospital. Doktor akan ambil darah untuk kesan toksikologi pada hati akibat paracetamol tadi dan kes akan dirujuk kepada pegawai farmasi.

5. Benarkah sampai hospital, kes begini tidak akan dilayan melainkan kes nak mati atau dah berdarah baru nak diberikan rawatan segera? Jawapannya salah, kerana perkara ini sangat dititikberatkan oleh pihak hospital kerana ia berkaitan nyawa kanak-kanak tersebut.

‘Overdose’ paracetamol akan dirawat dengan kadar segera. Jangan pandai-pandai buat cerita.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel