≡ Menu

Hamas Umum Gerakan INTIFADA Akan Bermula Esok!


PEMIMPIN Hamas, Ismail Haniya, menyeru intifada baru penduduk Palestin berikutan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donlad Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Hanya intifada boleh menentang dasar Zionis disokong Amerika ini,” kata ketua pergerakan bersenjata Palestin yang mentadbir Semenanjung Gaza dalam ucapannya.

Sementara itu, Israel meningkatkan jumlah anggota tenteranya di Tebing Barat yang didudukinya.

“Selepas menilai keadaan semasa, keputusan dibuat untuk menambah jumlah batalion di kawasan terbabit (Tebing Barat) selain perisikan dan pertahanan dalaman.

“Selain itu, lebih ramai tentera diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga,” kata kenyataan tentera Israel.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tindakan Trump itu dianggap mencurah minyak ke api marak serta dibantah hampir seluruh dunia, termasuk sekutu rapatnya, Eropah serta Britain dan PBB.

BACA:  KEKE CHALLENGE. APA PANDANGAN ISLAM? MEMALUKAN.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang mengecam tindakan Trump, berkata ia menyebabkan rantau itu kini menjadi amat panas.

“Tindakan ini meletakkan dunia, terutama rantau berkenaan (Asia Barat) dalam api yang marak.

“Hei Trump, apa yang anda mahu buat? Pendekatan jenis apa ini?

“Pemimpin politik tidak menegangkan keadaan, mereka berusaha mencari keamanan,” kata Erdogan di Ankara.


Sumber: Harian Metro

Isu Baitulmaqdis: Hamas Isytihar Intifada Bermula Esok

Gaza, 7 Dec – Hamas mengisytiharkan intifada baharu bermula esok susulan pengumuman Trump yang mengangkat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Intifada merupakan titik kebangkitan umat Islam Palestin menentang penindasan dan rampasan tanah Al-Quds yang mulia semenjak tahun 1948.

“Kami menyeru kepada semua orang Palestin untuk mengambil bahagian dalam ‘hari kemarahan’ pada Jumaat dan menjadikannya sebagai pemulaan intifada baru”, kata ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah.

“Esok, rakyat kita akan melancarkan intifada terhadap pendudukan dan kita yakin bahawa kita akan mencapai kemenangan dan membebaskan tanah suci kita.” tambah beliau.

Trump, selain mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, turut mengumumkan bahawa AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel