≡ Menu

Guna Buah Kundur Untuk Kesan Kehadiran Makhluk Halus! Subhanallah


Berapa kali anda pernah rasa sesuatu yang tidak kena terjadi dalam kehidupan anda? Anda mungkin pernah lemah tubuh badan, mudah beremosi tanpa sebab dan mungkin anda pernah rasa benci terhadap orang lain? Ia mungkin permainan perasaan, atau pengaruh dari suasana sekeliling yang sedikit sebanyak menjejaskan kualiti kehidupan anda.

Mungkin ya mungkin tidak. Mungkin secara tidak sedar anda telah terkena gangguan sihir.

Menurut Ustaz Afifuddin Shukri dalam satu statusnya di laman Facebooknya, jika rumah anda ada bunyi guli jatuh bunyi orang tarik kerusi atau ada nampak kelibat atau nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur.

BACA:  Hukum menyambut Tahun Baru Masihi: Mufti Wilayah

Seandainya buah itu busuk, buang jauh-jauh dan gantikan dengan yang baru sampai tidak busuk.

Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ini, ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir ke atas individual.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ini adalah pertua orang dulu kala ataupun cara orang India pun sama menggunakan cara ini untuk mengesan kerana tidak semua orang mempunyai kelebihan mata batinnya terbuka dapat melihat kehadiran sesuatu object (unseen ghost or jin)

Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat menjaga diri kita Dan rumah kita daripada makhluk-makhluk yang tidak nampak.

Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan, buah ini mampu bertahan berbulan-bulan lamanya dan tidak pulak rosak. Dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu pertanda rumah clear & clean.

BACA:  Bagaimana Surah Ad-Dhuha Boleh Mengubah Kehidupan Kita?

Kalau ada sebarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar, itu petanda ada sesuatu yang tak kena. Jadi apa tindakkan kita seterusnya? Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membuat kita lebih faham dan tahu akan kegunaannya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel