≡ Menu

Gigit Jari Tengok Anak Kena Cukur Bantal? Tak Usah Risau Lagi


Setiap pasangan pasti gembira mendengar berita kehadiran si kecil dirumah tambah-tambah lagi anak pertama. Tetapi sudahkah anda bersedia untuk menjadi ibu bapa sepenuh masa? Lebih-lebih lagi sewaktu mereka pada usia bayi, pasti banyak kerenah yang perlu diatasi oleh ibu bapa.

Setiap bayi perlu dicukur atau dibotak kerana mengikut sunnah Nabi dalam Islam. Adakalanya rambut bayi itu tumbuh dengan lembut dan mempunyai tompok botak dibahagian belakang kepala. Sabarlah wahai ibu sekalian. Ini adalah gejala normal untuk bayi 0 hingga 6 bulan. Kerana bayi anda akan melalui fasa “Rehat” dari pertumbuhan rambut baru. Bila rambut baru tak tumbuh itu punca jadi tompok botak bila rambut asal gugur.

Menurut perkongsian seorang lelaki di Fb, rambut bayi gugur pula ada 2 sebab. Sebab pertama adalah kerana posisi baring bayi yang menyebabkan rambut di bahagian belakang gugur akibat dari geseran kepala dan bantal. Manakala sebab ke-2 ialah faktor hormon. Selepas lahir paras hormon akan menurun. Bukan sahaja bayi malah ibu juga akan mengalami rambut gugur.

BACA:  5 Punca Utama Anak Anak Bila Dah Semakin Besar, Jadi Semakin Degil. Ibu Bapa Perlu Tahu

Menurutnya lagi, rambut bayi akan tumbuh semula secara semulajadi tetapi makan masa yang agak lama. Ada bayi sehingga umur 1 tahun rambut masih tak sekata. Untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi ibu ibu boleh cuba 4 tips guna bahan-bahan semulajadi di bawah.

Minyak Zaitun
Minyak Zaitun kaya dengan vitamin A, E dan Antioksidan. Khasiat minyak zaitun ini berfungsi untuk melembap kulit kepala bayi daripada kering dan kusam. Bila dah kulit kepala tak kering baru rambut anak tak mudah tertanggal bila bergesel dengan bantal.

Kelapa
Nutrisi yang ada di dalam minyak kelapa ini dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan rambut baru. Kanak-kanak yang ada masalah ekzema pun boleh guna minyak kepala ini, sangat berkesan.

Bunga Matahari ( Sunflower Seed Oil)
Minyak daripada Bunga Matahari ini kaya dengan vitamin E yang berfungsi membuatkan benih rambut di kepala lebih subur. Bukan itu sahaja malah ia boleh membunuh bakteria jahat di kepala. Khasiat minyak bunga matahari juga dapat menyihatkan kulit kepala dan melancarkan peredaran darah bayi anda.

BACA:  Mati Setelah Membaca Surah Ini, Seumpama Mati Syahid! Subhanallah

Biji Kelapa Sawit
Biji kelapa sawit ini banyak sangat manfaat dia. Bukan sahaja berguna untuk memasak, malah ia boleh bantu menguatkan dan menebalkan lagi rambut anak anda. Minyak dari biji kelapa sawit ini kaya dengan sumber antioksidan dan pelbagai vitamin yang baik untuk kulit dan rambut.

Ibubapa hanya perlu cari 4 bahan di atas dan perah untuk dapatkan pati minyak. Minyak tersebut perlu di sapu setiap hari pagi dan malam di kepala bayi untuk mengalakkan pertumbuhan rambut anak anda. Atau setiap kali mandi boleh sapu.

Jika ada bantuan ini rambut anak anda tak perlu tunggu hingga setahun, malah sepantas sebulan dah boleh nampak kesannya. Anda sendiri boleh nampak perbezaan kepala bayi anda tompok botak sudah hilang, rambut lebih sekata dan juga lebih lebat.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!