≡ Menu

Doa Dari Surah Yusuf Untuk Mendekatkan Jodoh Dengan Kita. Cubalah Amalkan


Anda masih bujang? Masih mencari pasangan hidup yang terbaik? Amalkan Doa Pendekat Jodoh dari Surah Yusuf Ayat 4 ini. Memang doa tersebut memiliki keistimewaan yang luar biasa dan diyakini dapat untuk mencari jodoh, memikat hati wanita atau lelaki serta disayangi masyarakat sekeliling.

Ayat dari Surah Yusuf ini juga adalah ayat pengasih bertujuan untuk mengeratkan hubungan suami isteri, anak-anak, ahli keluarga, rakan taulan dan sahabat handai. Setiap kali bertemu dengan siapa sahaja yang anda kehendaki, maka bacalah di dalam hati kedua ayat di bawah di hadapannya. Dengan izin-Nya, anda akan mendapat hasil yang diingini.

Doa Nabi Yusuf Untuk Mencari Jodoh Terbaik
Perlu diingatkan bahawa untuk mengamalkannya anda haruslah membersihkan hati dengan niat yang tulus serta ikhlas. InsyaAllah anda akan mendapatkan jodoh yang terbaik.

BACA:  Jangan Ajar Anak Lelaki Jadi Pondan, Sebaliknya Ajarlah Dia Untuk Menguruskan Rumah Tangga

Bacaan Surah Yusuf Ayat-4


Surah Yusuf Ayat 4

Bacaan Surat Taha Ayat 39


Surah Thaha Ayat 39

Tata Cara Mengamalkannya
Niatkan dalam hati dengan tujuan yang baik.
Bacalah kedua-dua ayat Al Qur’an di atas (Surah Yusuf Ayat-4 dan Surah Taha Ayat-39) lalu diamalkan saat ketika sesudah mandi ataupun selesai berwudhuk. Kemudian tiupkan pada kedua telapak tangan dan sapukan pada wajah. InsyaAllah anda akan kelihatan lebih mempesona di hadapan lawan jenis sehingga dapat mencari jodoh di inginkan.
Bacalah kedua-dua ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selepas selesai solat lima waktu.
Akhir kata, kita sememang digalakkan berdoa memohon apa yang dihajati, namun tidak semestinya semua hajat kita akan diperkenankan oleh Allah SWT kerana hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Oleh itu janganlah kita merasa hampa jika doa kita tidak dimakbulkan. Mungkin Allah SWT hendak menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

BACA:  Awas! 6 Perkara Yang Dilakukan Akan Menyebabkan Rezeki Anda Tidak Berkat

Sesungguhnya, apa yang baik itu datang daripada Allah SWT dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya jua.

Semoga bermanfaat!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel