≡ Menu

Cuba 4 Makanan Ini Untuk Hentikan Tabiat Merokok! Insya’Allah Berkesan


Bagi kebanyakan orang terutamanya yang merokok, berhenti daripada tabiat harian tersebut sangat sukar untuk dilakukan. Ini kerana rasa ketagihan yang dialami oleh mereka menyebabkan mereka terus melakukan tabiat yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan itu.

Sebenarnya, keinginan berhenti merokok perlu diiringi bersama semangat dan pendirian yang tegas. Selain itu, perokok juga perlu mengamalkan jenis makanan yang boleh membantu merangsang niat tersebut. Terdapat beberapa jenis makanan yang mempunyai ciri-ciri anti-nikotin yang boleh membuatkan anda berasa tidak selesa ketika merokok dan seterusnya akan mengurangkan pengambilan rokok.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Menikmati makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mengurangkan keinginan untuk merokok. Perkara ini kerana sayur-sayuran seperti saderi dan timun boleh menyebabkan rasa pahit ketika merokok. Disebabkan itu, kebanyakan perokok akan mengurangkan tabiat ini dan secara tidak langsung akan membuatkan mereka berhenti daripada merokok.

BACA:  Tidak Bertegur Sapa Kerana Bertengkar, Ingatlah, Perkara Itu Ditegah Sama Sekali Dalam Islam

2. Teh Ginseng

Sesetengah kajian mendapati bahawa teh ginseng mampu mengurangkan ketagihan nikotin pada diri seseorang perokok. Teh ginseng berperanan untuk melemahkan kesan dipamin, neurotransmitter di otak yang dikaitkan dengan keseronokan dan dilepaskan semasa merokok. Disebabkan perokok sudah tidak dapat menikmati keseronokan ketika merokok, sudah pasti mereka akan mengurangkan tabiat ini dan seterusnya dapat membantu untuk berhenti merokok.

3. Susu dan tenusu

Selepas menikmati minuman bersusu, seseorang perokok akan kehilangan deria rasa yang kebiasaannya dinikmati ketika merokok. Perkara ini bermakna rokok yang dihisap selepas meminum susu akan membuatkan rasa rokok tidak enak seperti kebiasaan dan boleh membantu mereka untuk berhenti merokok.

BACA:  Resipi Jus Petua Daripada Pesakit Batu Karang Untuk Melawaskan Kencing. Memang Lawas!

4. Gula-gula getah

Mengunyah gula-gula getah juga dapat membantu keinginan merokok anda berkurangan kerana mulut anda ‘sibuk’ dengan manisan berkenaan. Kebiasaannya, mengunyah gula-gula getah memerlukan masa yang lebih lama berbanding menghabiskan sebatang rokok. Disebabkan itu, keinginan merokok dapat dikurangkan.

Makanan yang disenaraikan sememangnya boleh membantu seorang perokok untuk berhenti daripada tabiat tersebut. Disebalik itu, perokok juga perlu memberi tumpuan kepada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan oleh seseorang yang berkeinginan untuk berhenti merokok. Antaranya ialah alkohol kafein, daging atau makanan pedas.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel