≡ Menu

Cendawan Mekah! Semakin Diburu Ramai Kerana Khasiatnya


Cendawan mekah, unik namanya. Ohya, anda sendiri pernah dengar tentang ‘cendawan Mekah’ ni? Jika belum, anda boleh tahu sedikit sebanyak mengenainya melalui artikel ini.

Jika di lihat pada rupanya, terus terang tak seperti kulat pun! Sebaliknya ia lebih kelihatan seperti obor-obor yang hidup dalam air bersih yang manis dengan tambahan gula. Cendawan ini di beri nama sebegitu kerana berasal dari Mekah. Ia juga turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Kombucha Tea, Alga Mekah, Mud-mud dan Ibu Som.

 

Diburu Kerana Dapat Sembuhkan Banyak Penyakit
Menyentuh tentang khasiat Cendawan Mekah ini ternyata ianya dapat membantu sembuhkan banyak jenis penyakit. 1001 penyakit dapat diubati. Kiranya cendawan ini boleh dicuba sebagai salah satu kaedah untuk sihat.

Antara penyakit yang dipercayai boleh diubati selepas mengamalkan cendawan mekah ini di dalam rutin harian adalah :

* Sakit sendi dan tulang
* Menyembuhkan sakit kepala termasuk migraine
* Menyembuhkan kencing manis
* Membantu menurunkan kadar kolesterol
* Melancarkan pembuangan air besar
* Menyembuhkan masalah penglihatan
* Mencegah dan menyembuhkan batuk, bronchitis dan asma.
* Menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi)
* Mencegah jerawat dan penyakit kulit lainnya
* Memperbaiki gangguan menstruasi dan menopause
* Membersihkan racun dalam tubuh (detoksifikasi) dan sel kanser
* Mengurangi stress dan gangguan tidur (insomnia)
* Menyuburkan rambut dan mengatasi masalah keguguran serta membantu masalah uban
* Menambah tenaga termasuk tenaga seksual
* Menjaga stamina tubuh dan menurunkan ketegangan saraf serta berbagai macam penyakit lainnya
* Membuat tubuh senantiasa sihat dan awet muda
* Memyembuhkan sakit lumpuh (stroke)
* Cendawan mekah untuk buasir dan lain-lain lagi

BACA:  Suka Makan Jeruk Kulit Limau? Awas, KKM Sudah Sahkan Ia Mengandungi Plumbum

Cendawan Mekah Istimewa Dengan Cara Pembiakan Yang Pelik

Pelik! Memang pelik! Berbeza dengan tumbuhan lain. Cendawan mekah ini dibiakkan melalui proses rendaman dengan air teh O. Ya air Teh O yang sering diminum itu adalah cara terbaik untuk membiakannya.

Jika direndam sebulan, benih ini akan membesar mengikut bekas yang kita rendam. Kalau anda rendam dalam baldi, maka sebesar baldilah ia akan membesar. Ada juga yang membesarkannya dalam aquarium.

Cendawan mekah hidup sebab ada gula dalam air teh o. Ajaibnya, walaupun air teh bergula dan manis tetapi rasa air teh o yang direndam dengan cendawan mekah ini mempunyai rasa masam. Maka cendawan mekah ini sama sekali tidak akan boleh hidup tanpa gula sebab gula itu adalah makanannya. Tanda cendawan mekah mati adalah apabila ia jatuh ke dasar dan tidak terapung lagi.

Stok Benih Terhad Membuatkan Harganya Agak Mahal
Benih cendawan ini agak mahal harganya sesuai dengan khasiatnya untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Benih ini menjadi rebutan diseluruh Nusantara, India, Asia Barat, Eropah kerana nilai kandungan perubatan yang terkandung dalam air cendawan ajaib ini.

Satu cendawan mekah dengan saiz benihnya yang kecil saja sudah boleh mencecah puluhan ringgit. Dan yang pasti stoknya juga adalah sangat terhad!

BACA:  Hukum Lelaki Solat Dengan Rambut Yang Diikat. Baca Ini Wahai Kaum Adam

Cendawan Mekah, Ramai Yang Mencuba Dan Menyukainya
Menurut Pengusaha Produk Alga Mekah Ahmad Sanusi Sulaiman, satu ketika dulu produk berkenaan begitu popular hingga membantu pihaknya meraih pendapatan sekitar RM6,000 sebulan.

Pada awalnya air cendawan mekah dihasilkan untuk kegunaan sendiri sebagai ikhtiar kepada masalah kesihatan isteri yang juga pesakit diabetes dan hampir mengalami serangan strok akibat paras gula terlalu tinggi.

Benih cendawan itu dibawa rakan dari negara dan beliau turut di ajar cara pembiakan dengan menggunakan balang kaca. Hanya perlu sediakan bancuhan air teh bersama gula ke dalam bekas peraman.

“Tindak balas selepas minum cendawan mekah terhadap isteri ternyata positif. Semakin sihat dan paras gulanya juga terkawal. Sejak itu, saya mula jadikan ia amalan sendiri serta ahli keluarga,” katanya.

Kesihatan Dari Allah Maka Janganlah Lupa Untuk Berdoa

Soal sihat dari sakit sebenarnya tidak boleh diharap ke atas mana-mana makhluk baik tumbuhan atau sebaliknya. Semua itu terjadi hanyalah asbab sedangkan pemberi kesembuhan yang sebenar adalah Allah SWT. Maka jadikanlah ianya sebagai ikhtiar tanpa lalai untuk terus berdoa setiap masa agar diberi kesembuhan supaya kembali cergas seperti dulu semula.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel