≡ Menu

Bolehkah Umat Islam Memakai Pakaian Menyerupai Santa Klaus..Umat Islam Wajib Baca Ini!


Menurut Wikipedia :

Santa Claus, also known as Saint Nicholas, Kris Kringle, Father Christmas, or simply Santa, is a legendary figure originating in Western Christian culture who is said to bring gifts to the homes of well-behaved (“good” or “nice”) children on Christmas Eve (24 December)

Sumber : Wikipedia

Terjemahan : “Santa Claus, juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Kris Kringle, Bapa Krismas atau ringkasnya Santa sahaja merupakan figura lagenda yang berasal-usul pada budaya masyarakat Kristian Barat di mana dikatakan membawa hadiah ke rumah-rumah yang didiami kanak-kanak pada malam Krismas 24 Disember.”

Menurut Encyclopedia Britannica pula :

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“St. Nicholas, bishop of Myra, a saint honored by the Greek and Latins on the 6th of December… A Legent of his surreptitious bestowal of dowries on the three daughters of an improverrished citizen… is said to have originated the old custom of giving presents in secret on the Eve of St. Nicholas (Dec.6), subsequently transferred to Christmas day. Hence the association of Christmas with Santa Claus…”

BACA:  Rakyat Palestin Tidak Akan Menerima Campur Tangan US dalam Usaha Damai Israel-Palestin

Sumber : Encyclopedia Britannica Volume 19 halaman 648-649

terjemahan : “St. Nicholas, adalah seorang ketua paderi di Myra (sekarang terletak dalam negeri Turki) yang amat diagung-agungkan oleh orang-orang Yunani dan Latin setiap tanggal 6 Disember… Lagenda ini berawal dari kebiasaannya yang suka memberikan hadiah secara sembunyi-sembunyi kepada tiga anak wanita miskin… untuk melestarikan kebiasaan lama dengan memberikan hadiah secara tersembunyi itu digabungkan ke dalam malam Natal. Akhirnya tarkaitlah antara hari Krismas dan Santa Claus…”

Kesimpulan

Santa Klaus atau Paderi Saint Nicholas adalah seorang ketua paderi dalam agama Kristian. Dalam agama Kristian perkataan Saint atau Santa bermaksud orang suci atau wali.

Persoalan

Bolihkah umat Islam memakai pakaian Santa Claus kerana pada musim perayaan Krismas sedangkan sudah maklum santa Claus atau Saint Nicholas ini adalah paderi agama kristian?

Jawapan

Bolih atau tidak cuba lihat hadith berikut :

Dari Abu Said al-Khudri r.a. Rasulullah saw bersabda :

لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ . قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَن

artinya : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu juga akan mengikuti mereka.”
Para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi saw menjawab :
“Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Hadith Bukhari & Muslim)

dan sabda Nabi saw :

من تشبه بقوم فهو منهم

artinya : “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kalangan mereka” (Hadith Abi Daud)

Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original) 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel