≡ Menu

Bolehkah Solat Pada Sejadah yang Terkena Najis?..Ini Penjelasannya..


Antara syarat sah sembahyang ialah suci tempat sembahyang dari najis.
Maksud tempat sembahyang ialah tempat yang bersentuh dengan badan orang yang sembahyang ketika melakukan ibadah sembahyang.
Tempat yang tidak bersentuh dengan badan orang yang sembahyang tidak dikira sebagai tempat sembahyang.

Oleh kerana itu jika ada najis pada sejadah atau tikar sembahyang tetapi ketika kita berdiri dan duduk mengerjakan sembahyang tidak bersentuh dengan najis tersebut maka sembahyang adalah sah.
Begitu juga sah sembahyang jika najis ada pada bawah tikar atau sejadah sembahyang yang tidak kena pada bahagian tubuh kita.

BACA:  Moody Waktu Pagi, Ini Yang Anda Perlu Lakukan! Mulakan Pagi Dengan Mood Yang Lebih Baik!

Berkata Imam Abu Bakar Al-Hisni :

وَلَو صلى على بِسَاط تَحْتَهُ نَجَاسَة أَو على طرفه نجاسة أو على سَرِير قوائمه على نَجَاسَة لم يضر وَلَو كَانَت نَجَاسَة تحاذي صَدره فِي حَال سُجُوده أَو غَيره فَوَجْهَانِ الْأَصَح لَا تبطل صلَاته لِأَنَّهُ غير حَامِل للنَّجَاسَة وَلَا مصل عَلَيْهَا

artinya : “Jika seorang solat di atas tikar yang di bawahnya ada najis atau di tepinya ada najis atau solat di atas katil yang tiang-tiangnya terdapat najis maka tidak mengapa. Kalau najis tersebut sejajar dengan bahagian dadanya ketika sujud atau anggota yang lain maka ada dua pendapat. Yang paling sahih adalah tidak batal solatnya kerana dia tidak membawa najis dan tidak bersentuh dengan najis. (Kitab Kifayatul Akhyar)

BACA:  Hukum Mengambil Air Daripada Mesin Gedegang Yang Rosak! Jangan Ambil Mudah

Wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel