≡ Menu

Bolehkah Merawat Masalah Kesuburan Rambut Dengan Bawang? Sudah Tentu!


Kita semua tahu tanpa bawang putih dan bawang merah bermakna tidak lengkaplah resepi untuk menyedapkan makanan. Selain itu juga siapa sangka anda boleh suburkan rambut dengan bawang putih dan bawang merah. Ianya memang berkesan.

Menurut StyleCraze seperti dipetik Merdeka.com, bawang putih mengandungi zat mineral selenium dan sulfur yang menguatkan serta merangsang pertumbuhan rambut. Vitamin C dalam bawang putih berfungsi menjaga kesihatan rambut dan kulit kepala, manakala zat besi dapat membantu peredaran darah ke kulit kepala.

tips rawatan rambut
Bawang memang banyak khasiatnya
Manakala bawang merah kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan vitamin E di mana ketiga-tiganya sangat berkhasiat untuk rambut. Sementara kandungan sulfur membantu memperkuat lapisan keratin, iaitu protein serat yang merangkumi 60 hingga 90 peratus daripada setiap helai rambut.

BACA:  Analisa Strategi Perang Badar

Bagaimana cara menggunakan bawang untuk menyuburkan rambut?

1. Masker jus bawang merah. Kisar dan tapis jus bawang, kemudian campur dengan madu, minyak kelapa, atau yogurt. Jadikan Masker jus bawang merah. Sapu pada kulit kepala dan rambut, biarkan sekitar 30 minit. Selepas itu, bilas rambut dengan syampu bagi menghilangkan aroma tajamnya.

rawatan rambut
Menyuburkan rambut menggunakan jus bawang merah
2. Syampu bawang putih. Parut dua ulas bawang putih dan campurkan ke dalam syampu secukupnya. Kemudian, cuci rambut seperti biasa dengan syampu tersebut.

BACA:  Hanya Gunakan 3 Bahan Semulajadi Ini Untuk Hilangkan Gout Dalam Masa 30 Hari

3. Tonik minyak bawang putih. Rendam bawang putih segar yang sudah dihiris atau diparut ke dalam sebotol minyak kelapa atau zaitun untuk dijadikan tonik. Kemudian, sapu rata minyak ini pada kulit kepala dan biarkan dalam 30 minit sebelum dicuci seperti biasa.

cara suburkan rambut
Tonik bawang putih
Bagi mendapatkan hasil lebih cepat, gunalah ramuan bawang ini sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Walau bagaimanapun jangan gunakan bawang merah dan bawang putih secara bersamaan. Dikhuatiri pedih pada kulit kepala.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!