≡ Menu

Boikot Safiey Illias – Dr Syahr Musafir


Daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud r.a katanya, “Allah mela‘nat perempuan yang membuat tatu, yang diminta membuatnya, yang mencabut bulu muka dan yang mengasah gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. Kenapa pula aku tidak mencerca mereka yang dila‘nat oleh Rasulullah SAW sedangkan di dalam al-Qur’an Allah menyatakan firman-Nya yang bermaksud… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta ‘amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya…”

Saya tak pernah komen tentang identiti #Nursajat sebab saya tak pernah tengok bukti pasal dia adalah lelaki yang bertukar jadi perempuan secara real. Saya tak ulas benda saya tak tahu. Jadi saya tak kata Ya, saya tak kata Tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada Tuhan.

Tetapi tentang #SafieyIllias, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah jadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah. Sekarang dia nak berubah jadi perempuan semula, mengaku dia adalah lelaki yang nak jadi perempuan dan sudah tidak malu mengatakan dirinya perempuan asal dari lelaki. Saya tak nak kata apa kecuali saya nak kata dia adalah perempuan jadian lelaki, macam serigala jadian manusia. Confirm dia adalah lelaki yang transgendered menjadi perempuan.

BACA: Hijrah Safiey Ilias ikhlas kerana taubat atau sebaliknya?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Concern utama saya di sini bukan pasal lelaki jadi perempuan, sebab sudah ramai mengulas. Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara publik mempersembahkan kepada dunia dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

BACA:  Hukum Solat Jenazah Selepas Subuh Dan Asar

Dah tahu si dia itu lelaki yang berubah jadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pulak? Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki.

Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan lelaki kahwin lelaki. Bukan perempuan kahwin perempuan. Bukan lelaki kahwin perempuan jadian. Bukan perempuan kahwin lelaki jadian.

Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki. Benda asas sebegini sudah jadi ILMU PERINGKAT TINGGI, kalau tak diajar, takut anak-anak generasi sekarang tidak reti. Saya ulang sekali lagi, lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki. Bukan selain ini. FULL STOP.

Lelaki pondan kalau nak kahwin pun kena kahwin perempuan, sebab lelaki pondan tetap lelaki. Lelaki bukan pondan janganlah pergi kahwin dengan lelaki pondan, ini bodoh namanya. Perempuan yang benar-benar perempuan ramai, kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya…

Alang-alang ni saya nak juga menyeru kita #boikot produk-produk keluaran orang sebegini – janganlah support. Makin support makin naik minyak geng-geng ni… Support dengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk diorang. Makin kaya mereka makin terpesong, jom kita boikot mereka supaya bila miskin mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT.

Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah saw mela‘nat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki.”

Daripada Ibnu ‘Abbas. katanya, “Nabi saw mela‘nat lelaki yang berperangai pondan dan perempuan yang berperangai lelaki. Baginda bersabda, usirlah mereka dari rumah kamu.”

Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.

(Hadith Riwayat Abu Daud: 4098 muka surat 27 dalam Bab libas An-nisak Juzuk 4)

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Tabrani, Abdullah bin Amru bin al-As r.a telah melihat Ummu Sa‘id binti Abu Jahal berjalan seperti seorang lelaki dengan pedang tersisip di pinggangnya lalu Abdullah berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِالرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ، وَلاَ مَنْ تَشَبَّهَ بِالنِّسَاءِ مِنَ الرِّجَالِ.

Yang bermaksud, Bukanlah daripada kalangan umatku perempuan meniru lelaki dan lelaki meniru perempuan.

Laknat dalam hadith di atas merupakan celaan yang sangat berat kepada pelaku. Ianya menunjukkan betapa kerasnya larangan Rasulullah terhadap perbuatan tersebut. Dalam kitab Fath al-Bari, al-Tabari menjelaskan laknat ( لعن ) bermakna tidak harus ( لا يجوز ) iaitu haram. Manakala al-Syeikh Abu Muhammad bin Abi Hamzah berkata: Laknat ( اللعن ) itu menunjukkan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian daripada dosa-dosa besar.

PENGHIJRAHAN FENOMENA: SAFIEY ILIAS ᴴᴰ TV ALHIJRAH

Assalamualaikumᴴᴰ HIJRAH MENUJU ILAHI (Bersama Safiey Ilias)

#SayNoToLGBTQ
#BoikotPerempuanJadian
#BoikotSafieyIllias
#BoikotPerlaKing #BoikotPerlaShine
#JomBoikot #KempenBoikot

Dr Syahr Musafir
Rahimah Ab.Rahman
26/12/2017

Sumber: Syahr Musafir

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel