≡ Menu

Berpuluh Tahun Hidup, Baru Tahu Kewujudan Salad Roket! Ini Manfaatnya


Setiap hari kita dijamukan dengan pelbagai menu makanan Malaysia dan luar negara. Nasi Lemak dan Roti Canai merupakan makanan yang sinonim apabila tibanya waktu sarapan, manakala nasi campur menjadi menu pilihan utama menjelang tengah hari. Pernahkah kita terfikir berapa banyak kandungan lemak yang tidak berkhasiat dalam makanan kita setiap hari.

Adakah cara pemakanan kita hari ini menyumbang kepada gelaja obesiti, sakit lutut, darah tinggi, jantung dan kencing manis. Kalau kita lihat, nenek kita dahulunya, pasti akan makan ulam-ulaman dan menjadikan ia sebagai menu utama semasa makan. Tetapi kita, bukan setakat ulam-ulaman malah sayur-sayuran dan juga buah-buahan juga akan diketepikan. Sedangkan makanan tersebut berkhasiat dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Terdapat pelbagai jenis dan nama sayur, tetapi mungkin ada sebahagian yang tidak pernah dengar mengenai sayur Arugula. Kalau di Malaysia sayur ini lebih dikenali dengan nama “Salad Rocket”. Arugula antara sayur yang padat dengan nutrien dan baik untuk tubuh anda.

Bagi pesakit kanser, mungkin mereka terpaksa berpantang daripada merasai pelbagai makanan kerana takut akan memberi kesan yang lebih teruk kepada tubuhnya. Sayur ini adalah antara makanan yang boleh dimakan kerana khasiat yang terdapat dalam sayur ini mampu bertindak balas dengan sel-sel kanser serta melindungi tubuh anda daripada sel tersebut terus merebak. Fitonutrien akan bergabung dengan enzim pencernaan yang dipanggil sebagai myrosinase dan berubah menjadi nutrien yang mampu membunuh sel kanser dan dikenali sebagai isothiocyanates.

BACA:  Hati Tidak Tenteram? 5 Punca Kenapa

Kandungan beta karoten, leutin dan zeaxanthin boleh melindungi retina, kornea, serta mata anda daripada menyerap cahaya biru yang boleh merosokkan mata. Khasiat yang terdapat dalam sayur Arugula boleh melambatkan dan melindungi anda daripada risiko rabun.

Nutrien penting seperti kalium dan magnesium dapat membantu denyutan jantung, mengurangkan kolestrol dan toksin dalam badan kita. Sesetengah dr berpendapat, Vitamin K lebih baik untuk pembinaan tulang berbanding kalsium. Ia dianggap seperti sumber utama, bagi memastikan tulang terus kuat dan mengurangkan risiko daripada tulang mudah patah serta osteoporosis.

Sayur adalah makanan yang akan disenaraikan dalam diet, kerana kandungan kalorinya yang rendah selain kandungan vitamin yang sihat. “Leafy greens” menyediakan nutrien dan serat makanan yang akan memastikan anda cepat kenyang dan badan sentiasa mempunyai tenaga walaupun hanya makan sayur.

BACA:  Hilangkan Ketagihan Merokok Dengan Bahan Ini, Dijamin Dalam Masa 3 Minggu Anda Akan Berhenti Merokok, Bau Rokok Pun Anda Tak Mahu..!

Masalah pencernaan mungkin selalu terjadi pada kita terutama golongan dewasa. Selain makan buah-buahan, Arugula juga sebenarnya boleh membantu proses pencernaan anda serta meningkatkan kesihatan usus dan organ pencernaan yang lain. Ekstrak sayur ini juga dapat menurun dan menstabilkan gula dalam darah, melindungi anda secara semula jadi daripada terkena penyakit diabetes atau kencing manis.

Menurut pengamal perubatan minyak daripada sayuran dapat merawat dan melindungi anda daripada penyakit kulit seperti ekzema atau psoriasis. Makan Arugula seperti ulam juga dapat melambatkan penuaan dan sebagai pelindung daripada kerosakkan kulit akibat cahaya UV.

Pemakanan yang berkhasiat perlu dimulakan dari zaman kanak-kanak lagi supaya badan kekal sihat dan cergas. Menu yang seimbang memastikan seisi keluarga sihat dan terlindung daripada risiko penyakit berbahaya.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!