≡ Menu

Berhentilah Buat Panama Dance Challenge, Jaga Maruah Kita Sebagai Orang Islam.


“Berhenti upload dan share video wanita berjoget tarian Panama Dance,” demikian nasihat dari pelukis Abeben’s Artworks yang menegur trend terkini netizen yang terpengaruh dengan lagu tersebut.

Benar apa yang dikata, trend muat naik video yang menunjukkan diri mereka menari dengan latar belakang muzik berkenaan semakin galak dimuat naik sehingga hilangnya rasa malu dan segan bila aurat, aksi-aksi yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Baca dan hadam nasihat pelukis ini, semoga bermanfaat.

KEBELAKANGAN ini dah ada satu trend di media sosial di mana ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita yang berpakaian ketat, menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan yang mana tidak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.

Ya, mungkin ada sesetengah itu nak gunakan sebagai rujukan untuk buat senam robik di dalam bilik sendiri. Namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu.

Kemudian, yang mana yang nak buat tarian itu pula janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah, jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah.

BACA:  Inilah Surah Yang Paling Dicintai Allah SWT! Amalkan

Kadang-kadang sedih juga melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan sehingga terlupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat dan sebagainya. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai merakam perbuatan masing-masing untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar.

Bagi yang dah terakam atau termuat naik video Panama Challenge korang yang di dalam video itu ada wanita yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, turut sama berjoget melenggang-lenggokkan tubuh badan menari mengikut rentak lagu, bolehlah perlahan-lahan membuat video tersebut dari akaun Facebook masing-masing sebelum page-page viral yang mempunyai ramai likers di Malaysia ini repost video korang.

Sebaik saja page-page besar ini dah repost, susah korang nak tutup balik aib korang walaupun korang dah bertaubat sungguh-sungguh. Jadi adalah lebih baik bertindak awal, buang awal-awal dari akaun media sosial korang.

Ini Penjelasan Imam Muda Fakhrul mengenai isu viral panama dance challenge ini. Baca selanjutnya.
“JOM BERPANAMA DANCE!!”

Ada orang mesej saya sambil menunjukkan video orang menari beramai-ramai di hospital dan pejabat-pejabat. Panama dance katanya. Sambil bertanya hukum.

Tepuk dahi juga saya melihatnya.. Saya kata. Menari ni banyak hukum. Wajib, Harus dan Haram..

BACA:  Doa Untuk Ibu Bapa Yang Melahirkan Kita. Baca Setiap Kali Solat

Wajib kalau suami suruh.. Seronok dapat..pahala pun dapat..

Harus kalau sorang-sorang atau sama-sama kawan-kawan sejenis.. atau sesama mahram. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah. Haram kalau menari dengan bukan mahram samada berdua atau beramai-ramai.

Orang kata pulak.. “Haram tang mana pulak ustaz oii!!”.. Oit..Tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung,lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?. Perlu dalil Quran Hadith ke?.

“Alaaaahhhh…nak seronok lepas stress skit pun tak boleh!”… Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Confirm tak stress kat sana.😀😀

Lagi satu janganlah buat caption.. “kami sudah berpanama dance ramai-ramai ni, korang bila lagi?”. Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend tu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama.. ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN BERMUDAH-MUDAH ..

Sempena Hari Wanita ni rasa nak berpanama dance je dengan isteri terchenta!!☺☺

 

sumber: imam muda fakhrul

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!