≡ Menu

Beras Perang VS. Beras Putih. Yang Mana Patut Anda Pilih


 

“Orang cakap kalau nak diet dan nak sihat kena makan beras perang, betul ke?”

Sudah biasa kita dengar dalam kalangan ramai orang bahawa pengambilan beras perang atau brown rice dikatakan bagus untuk mengurangkan berat badan dan dapat menjamin paras kolestrol yang sihat. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa pengambilan beras putih sebenarnya lebih bagus berbanding beras perang kerana kandungan asid yang lebih tinggi. Berdasarkan perkongsian dari coach pemakanan dan kesihatan ini, beliau menyenaraikan beberapa info sebelum anda memulakan pengambilan brown rice supaya tidak tersalah pilih cara pemakanan.

BERAS PERANG ATAU BERAS PUTIH?
3 SEBAB MENGAPA SAYA TAK AMALKAN PEMAKANAN BERAS PERANG
Saya sebenarnya tak suka sebarnya cerita negatif pasal beras perang ni sebab ramai dah ada persepsi ia lebih sihat. Tapi iyalah, sebenarnya makanan tradisi kita ni beras putih..bukannya beras perang pun. Saya terkejut juga awal-awal dulu bila kaji lebih mendalam kajian saintifik yang ada..rupanya beras putih lagi selamat!

3 sebab kenapa beras perang ni mungkin memudaratkan:

1) PENCURI ZAT – ASID PHYTIC

Asid yang tinggi dalam beras perang ini ialah “pencuri zat”. Ia mencegah zat mineral seperti zinc, besi, kalsium dan magnesium. Apa guna zat beras perang lebih banding beras putih kalau badan tak dapat serap zat tu kan? Kalau kita makan nasi dan daging, zat zinc dan zat besi dalam daging pun dicuri asid dalam beras perang ini. Akibatnya, badan kekurangan zat mineral penting ini.

BACA:  Inilah 7 Khasiat Ajaib Air Rendaman Kurma.. Mudah dan Simple untuk Kita Amalkan.. Sebarkan..

Merendam, mencambah dan proses fermentasi (simpan semalaman) meningkatkan penawar asid ini iaitu phytase dalam beras perang..Tapi malangnya, menurut kajian Weston A. Price Foundation dalam jurnal nutrisi, beras perang kekurangan enzim penawar asid phytic ini berbanding bijirin lain.

Beras perang juga mengandungi penyekat enzim tripsin yang mencernakan protein. Berita baiknya ialah, penyekat enzim ini biasanya diaktifkan apabila beras perang di masak.

2) BERPOTENSI ROSAKKAN USUS – WGA LECTIN

Ramai sudah kenal gluten dan mereka yang sensitif, berpenyakit radang dan masalah pencernaan mengelakkannya. Gluten merupakan sejenis sistem perlindungan tumbuhan daripada keluarga besar LECTIN.Antara ahli keluarga lectin yang juga popular bagi mereka yang sensitif ialah tumbuhan nightshades.

Gluten yang biasanya dalam bijirin macam gandum dan barli ni tiada dalam beras. Beras perang bagaimanapun mengandungi sejenis lectin iaitu Wheat Germ Agglutinin (WGA). Menurut pakar bedah kardiologi Dr Steven Gundry dalam buku bestseller beliau, The Plant Paradox, WGA mempunyai kesan:

– Melekat pada lapisan usus dan menyebabkan keradangan, kerosakan serta “leaky gut”.

– Meningkatkan histamin oleh sel perut menyebabkan radang gastrik, ulser, GERD dll.

– Menembusi dinding usus rosak ini dan menyebabkan masalah seumpama leaky gut iaitu alergi, autoimuniti, kerosakan buah pinggang, masalah sendi seperti rheumatoid arthritis.

– Masalah saraf dan mental.

– Masalah insulin mengakibatkan kelesuan.

– Menyebabkan gangguan hormon selera makan (leptin resistance).

BACA:  Adakah Kaki Wanita Itu Aurat?

– Masalah jantung.

Saya percaya bukan semua lectin bahaya dan majoriti kita mempunyai sistem pertahanan badan mengatasinya. Namun, mereka yang SENSITIF dan berpenyakit harus waspada pada makanan penyebab “angin” ini kata orang tua-tua.

3) TIDAK SESUAI MEREKA YANG SENSITIF

– Penderita alergi

– Alahan (Ekzema, asma, resdung)

– Migrain

– GERD

– IBS & IBD

– Masalah saraf dan mental

– Ahli keluarga “histamin lainnya”.

– Bayi

Saya sentiasa percaya penyakit-penyakit di atas ini berpunca daripada kerosakan dinding lapisan sistem pencernaan. Beras perang mengandungi serat tidak larut yang lebih “kasar” berbanding serat larut. Ia merengsa perut usus, meningkatkan histamin dan berkemungkinan menjadikan badan lebih sensitif terutama mereka yang cenderung dari segi genetik.

Bila makanan tak hadam, ia jadi makanan kuman usus berlebihan dan hasilkan banyak gas..Kita mudah dapat masalah kembung juga. Orang sensitif perlu kurangkan makan, terutamanya makanan susah cerna termasuk makanan tinggi serat buat sementara waktu sehingga sistem pencernaan dan pertahanan badan pulih.

Nasi putih tetap menjadi pilihan saya, ia adalah tradisi nenek moyang..Saya pasti sistem pencernaan kita lebih serasi dengan beras tempatan, siam mahupun basmati. Sebagai seorang coach kesihatan penderita masalah “angin”, masalah alergi ekzema dan alahan lainnya, pengalaman mengajar saya bahawa beras putih adalah pilihan bijirin paling selamat berbanding bijirin lainnya..jika diambil dalam kuantiti sederhana.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!