≡ Menu

Benjolan Pada Dada Dan Perut Bayi? Awas!


Kekuatan adalah antara ubat untuk seseorang terus bersemangat dan meneruskan hidup walaupun disahkan menghidap kanser. Kanser bukan hanya menyerang golongan dewasa, tetapi ada juga golongan kanak-kanak yang mengalami kanser contohnya kanser darah, perut, dan ketumbuhan di otak.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana kanak-kanak itu menanggung sakit saat kemoterapi atau radioterapi. Mungkinkah kanser disebabkan pemakanan kita atau gaya hidup yang kita amalkan. Pernahkah anda dengar mengenai kanser Neuroblastoma.

Walaupun kanser ini jarang-jarang berlaku di Malaysia, tetapi kalau di luar negara ia sering menyerang golongan kanak-kanak terutama yang masih belum mencapai usia 5 tahun. Neuroblastoma bermula apabila adanya sel-sel saraf yang tidak normal tumbuh di sekitar kelenjar adrenal, serta turut berkembang ke bahagian lain seperti dada, leher, tulang belakang dan bahasa mudahnya di mana-mana bahagian yang berkaitan dengan saraf.

BACA:  Serangan Arab Saudi membunuh 136 orang awam di Yaman, kata PBB

Sebahagian kanser akan menunjukkan tanda-tanda daripada peringkat awal manakala separuhnya lagi tidak, dan menyukarkan anda untuk mengesannya. Bagi kanser Neuroblastoma, gejala yang sering berlaku seperti benjolan di leher, mata membenjol, pembengkakan perut, sakit tulang, dan bengkak.

Selain itu, anda juga akan sering demam, sesak nafas, batuk, cirit birit, kadar denyutan jantung yang laju serta sering berpeluh dengan banyak. Gelaja ini bukan hanya merujuk kepada kanser Neuroblastoma, tetapi antara tanda-tanda awal kepada kebanyakkan kanser.

BACA:  6 Sebab Kenapa Perempuan Perlu Minum Air Halba. Lebih-lebih lagi Wanita Mengandung

Doktor boleh mengesan penyakit ini dengan melakukan ujian darah, ultrasound, imbasan “Magnetic Resonance Imaging” (MRI), imbasan computerized tomography (CT) dan imbasan tulang. Rawatan akan dilakukan mengikut tahap kanser tersebut seperti pembedahan, kemoterapi, dan radioterapi.

Pesakit juga perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat supaya dapat mengelakkan kanser tersebut daripada terus merebak. Keluarga juga perlu memberikan sokongan supaya pesakit akan sentiasa kekal positif dan mendapat kekuatan untuk melawan penyakit.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!