≡ Menu

Benda Kecik, Diperbesarkan. Ini Petua Untuk Pasangan Yang Asyik Bergaduh


Sejak kebelakangan ramai yang mempunyai masalah dengan pasangan disebabkan perkara kecik. Hubungan mereka tiba-tiba sahaja menjadi dingin. Menerusi perkongsian Ustaz Norazri Medzlan, difahamkan pasangan-pasangan tersebut apabila berada di kediaman bersama pasangan menjadi panas.

Hinggakan ada yang tidak boleh melihat wajah pasangan masing-masing. Ada sahaja perasaan nak marah walaupun hanya hal-hal kecil dan remeh-temeh. Ustaz memberi beberapa tips kepada pasangan-pasangan tersebut. Alhamdulillah ramai yang sudah baik dan sembuh selepas mencuba tips ini.

Sering Bermasalah Dengan Pasangan Walau Disebabkan Hal Kecik? Amalkan Tips Ini 3

Cara Atasi Masalah Dengan Pasangan
Kepada anda yang mempunyai tanda-tanda seperti itu, bolehlah mencuba untuk melakukan sendiri. Kaedah yang perlu dilakukan adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini.

BACA:  Jangan Ambil Remeh Isu Bunuh Semut! Ini Penerangan Mufti

1. Buka semua pintu di bahagian dalam rumah sahaja iaitu pintu bilik dan bilik air.

2. Tentukan anda dalam keadaan berwuduk.

3. Hamparkan sejadah di tengah-tengah rumah anda dengan menghadap kiblat iaitu diantara ruang tamu dan dapur.

4. Letakkan 2 botol air mineral di kanan sejadah. Jangan lupa buka penutupnya.

5. Laungkan azan sekadar didengari dalam rumah anda sahaja.

6. Lakukan solat sunat hajat 2 rakaat.

7. Bacakan surah Al-Baqarah seperti:

Didahului surah Al-Fatihah
Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
Surah Al-Baqarah Ayat 102.
Surah Al-Baqarah ayat 255,256,257
Surah Al-Baqarah Ayat 284,285,286
Zikirullah sebanyak 1000 kali.
Nota – Jika anda dapat membaca seluruh surah Al-Baqarah lagi Bagus.

BACA:  Inilah Rahsia Kenapa Kita Kena Baca Doa Makan Sebelum Makan. Mohon Kongsikan

Sering Bermasalah Dengan Pasangan Walau Disebabkan Hal Kecik? Amalkan Tips Ini 4

8. Setelah selesai, air mineral tadi hendaklah masukkan ke dalam botol spray dan spray dalam kawasan rumah dari pintu masuk mengikut arah lawan jam.
9. Lakukan 3 hari berturut-turut atau lebih dan boleh juga jadikan sebagai amalan.

Baca Juga – Tanda-Tanda Terkena Sihir Pemisah Suami Isteri

Insya Allah, ini adalah salah satu ikhtiar bagi merawat segala penyakit yang ada di dalam tubuh badan kita. Jaga i’tikad kita, kebergantungan kita hanya pada Allah swt. Sesungguhnya Allah yang menyembuhkan segala penyakit. Kita hanya mampu berikhtiar.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel