≡ Menu

Benarkah Lafaz Akad Nikah Hanya Sekali Lafaz? Ini Penerangan Mufti


Soalan

Ada setengah jurunikah mahukan pengantin lelaki jawab dengan satu nafas. Pengantin tak boleh jawab dengan satu nafas, lalu disuruh ulang-ulang hingga banyak kali. Apa pandangan ustaz tentang hal ini?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Menjawab persoalan, tidak disyaratkan satu nafas dalam menjawab lafaz nikah. Syaratnya ialah mesti berturutan. Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Antara syarat lafaz nikah adalah dengan ijab oleh wali dan qabul oleh pengantin lelaki secara berturutan.[1]

BACA:  "Dah 3 Malam Saya Tak Dapat Tidur".. Ketahui Cara-Cara Untuk Mengurangkan Dengkur Pada Pasangan

Jika wali berkata: “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” dan selepas tempoh yang lama, pengantin lelaki menjawab: “Aku terima nikahnya,” maka aqad nikah itu tidak sah. Hal ini adalah kerana pemisahan yang lama antara ijab dan qabul tersebut. Dalam tempoh yang lama ini, ada kemungkinan wali menarik lafaz ijabnya semula.

Adapun diam yang sekejap antara ijab dan qabul, seperti bernafas atau bersin, tidaklah merosakkan aqad nikah tersebut.

Lihat al-Fiqh al-Manhaji (1/551-552)

Jadi, kami mengesyorkan kepada para imam atau jurunikah agar memudahkan proses lafaz nikah ini dan tidak memberatkannya apabila telah cukup syarat. Ini mengambil kira keadaan pangantin pada ketika itu mungkin dalam keadaan gugup, berdarah gemuruh dan sebagainya.

BACA:  Sudahkah anda membuat ibu bapa anda tersenyum hari ini? Jika tidak, bacalah

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam mengamalkan syariat-Nya serta memudahkan kita dalam setiap urusan. Amin.

[1] Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali: Tidak mengapa berlaku pemisahan yang lama antara ijab dan qabul jika sekiranya masih dalam majlis dan tidak disibukkan dengan perkara yang lain.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel