≡ Menu

Belimbing Buloh Untuk Merawat Kekuningan Pada Bayi? Ini Penjelasan Doktor


Seorang kanak-kanak dibawa ke klinik dengan ruam pada keseluruhan badannya. Doktor yang bertugas bertanyakan apa yang berlaku.

Ibu itu pun menunjukkan petua yang dia sedang ikuti hasil nasihat daripada Facebook untuk menurunkan kuning pada anaknya. IAITU DENGAN MELETAKKAN BELIMBING BULOH PADA PERMUKAAN BADAN.

Hasilnya majoriti tubuh bayi tersebut mempunyai ruam kemerah-merahan disebabkan alah kepada buah tersebut.

Allah. Kesian bayi yang tidak bersalah dijadikan bahan ujikaji

APA ITU KEKUNINGAN(JAUNDICE) PADA BAYI?
Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan.

Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurangan oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yg mencukupi.

Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana oparu-paru dapat membekalkan oksigen yang mencukupi.

Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi.

BACA:  Betul Ke Buang Toksik Melalui Rendaman Kaki? Mari Baca

Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati.

Apa-apa molekul, bahan ataupun kompaun lain mengganggu enzim ataupun membebankan fungsi hati, ia akan mengganggu juga penyingkiran bilirubin. Ini akan menyebabkan kandungan bilirubin menjadi tinggi dan menyebabkan kekuningan.

Sebab itu kita nasihatkan para ibu yang menyusukan bayi supaya mengelakkan diri daripada mengambil herba pada peringkat awal kelahiran. Sebab herba tersebut boleh masuk ke dalam susu dan membebankan hati bayi.

Instead dia nak singkirkan bilirubin, dia juga terpaksa berkerja untuk menguraikan molekul daripada herba tersebut.

BELIMBING BULOH TIDAK MENGURANGKAN KUNING PADA BAYI
Menggunakan Belimbing buluh dan meletakkannya di atas kulit merupakan suatu cara yang belum lagi dibuktikan berkesan.

Post yang telah viral sebelum ini telah membuatkan ramai daripada masyarakat kita mengamalkannya hingga menjadi seperti kes diatas.

Beberapa persoalan perlu dilontarkan berkenaan mekanisma bagaimana ia mengurangkan kekuningan pada bayi

1) Adakah dalam Belimbing Buluh mempunyai kompaun yang mampu mengurangkan kuning?
2) Adakah ia bertindak dengan cara menyerap bilirubin ke dalam buah belimbing itu?
3) Adakah dengan meletakkan belimbing itu akan menyebabkan bayi sentiasa terhidrasi, lalu mengurangkan kuning pada bayi?
4) Dan berbagai lagi perkara yang perlu dipersoalkan

BACA:  7 Kegunaan Surah Al Kausar! Surah Pendek, Tapi Khasiatnya Sungguh Dahsyat

Perlu diketahui bahawa kulit manusia merupakan lapisan yang telap air. Ia tidak membenarkan air dan kebanyakkan molekul lain masuk ke dalam saluran darah.

Ia juga tidak membenarkan kompaun bilirubin diserap keluar drpd saluran darah ke dalam belimbing buloh tersebut.

Sebagai tambahan, seseorang bayi mampu menurunkan kandungan bilirubin dalam badannya dengan sendiri tanpa memerlukan apa-apa bantuan.

Sebab itu majoriti daripada bayi yang kekuningan, doktor hanya akan monitor kandungan bilirubin dalam darahnya sahaja. Jika semakin menurun kita akan biarkan sampailah ia kembali normal tanpa berbuat apa-apa.

Jika ia tinggi hingga mencapai kadar yang telah ditetapkan, barulah kita letakkan dibawah lampu khas untuk mengurangkan kekuningan bayi tersebut.

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda semua

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel