≡ Menu

Bahayanya Cyanide, Lelaki Ini Kongsikan Kenapa Cyanide Sangat Berbahaya!


 

Berikutan kejadian pilu di mana sisa bahan kimia yang dibuang secara tidak bertanggungjawab di Sungai Kim Kim.

Penduduk daerah itu dan masyarakat sekitarnya diarahkan untuk meninggalkan kawasan tersebut secepat mungkin.

Namun mereka diminta keluar dari kawasan itu hanya untuk sementara waktu sahaja dan boleh kembali semula ke sana sekiranya keadaan sudah pulih.

Dilaporkan sebanyak 111 buah sekolah di Pasir Gudang itu diarahkan untuk tutup dan setakat ini lebih 947 orang dirawat di hospital.

Ini menjadikan kejadian itu antara yang terburuk pernah terjadi di negara kita.

Seorang pengguna laman sosial Facebook telah berkongsi detik di mana beliau dan keluarganya bergegas keluar dari rumahnya.

Zulkhairie Khodir yang merupakan seorang graduan Kejuruteraan Kimia telah menceritakan kisahnya sewaktu berangkat keluar dari rumah dan memberitahu serba sedikit tentang bahan kimia yang ‘menghantui’ mereka di sana.

Hantarannya itu telah dikongsi lebih dari 14,000 kali oleh pengguna laman terbabit.

Menurut Zulkhairie,

Malam tadi adalah waktu untuk aku sekeluarga bergegas keluar dari daerah Pasir Gudang ini. Harus pantas.
Seriuslah kes ini.

BACA:  Suami Berjunub Sebelum Mandi Hadas Walaupun Sudah Tamat Tempoh Haid

Pencemaran kimia yang melibatkan gas Cyanide bukan biasa biasa boss!
Dahulu ketika Perang Dunia I, gas Cyanide digunakan sebagai senjata kimia bermula dari tahun 1916 sehingga 1918.

Kemudian pada Perang Dunia II, pihak Nazi Jerman gunakan gas ini untuk buat pembunuhan manusia beramai ramai (genocide) yang dipanggil Final Solution.

Para pegawai atasan dan pengintip mereka pun dibekalkan dengan tiub kaca berbentuk pil mengandungi cecair Cyanide yang mesti digunakan bila mereka ditawan oleh pihak musuh.

Masukkan dalam mulut dan gigit untuk patahkan tiub kaca itu. Mati terus serta merta. Terkilan pihak Tentera Berikat (baca: musuh) nak korek rahsia daripada mereka. Haa macam itulah.

Bagi aku yang pernah study Kejuruteraan Kimia dulu, perkataan “Acrylonitrile” bukanlah pertama kali aku dengar. Projek final year kami pun ada yang buat plant (kilang) bahan kimia ini.

Sisa buangan daripada penghasilan Acrylonitrile inilah datangnya si Cyanide tu.

Kalau hangpa nak tahu inilah komponen utama dalam bahan kimia yang dibuang dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.
Gila betul kan siapa yang buang ini?

BACA:  Anak Adalah Rahmat Allah. Ia Juga Amanah Allah. Jagalah Dan Berbahagialah

Nak bagitau sifat gas Cyanide ini pula, ia akan menghalang sel darah membawa oksigen dalam badan.

Tambahan pula ia lebih ringan daripada udara maka sangat cepat menyebar.

Kesan dari terhidu gas kimia ini bukan sahaja akan nampak dalam masa sekarang, malah dalam tempoh 2 hingga 5 tahun akan datang weihhh.

Ia boleh jadi penyebab utama kepada kanser paru-paru (lung cancer).

Sahabat warga Pasir Gudang,

Aku rayu kalian keluarlah dari kawasan bencana ini. Pergi ke daerah lain yang lebih selamat.
Buat sementara waktu sahaja.

Ini bukanlah kes biasa seperti banjir kerana ia adalah melibatkan udara yang pasti kita sedut untuk bernafas dan kita tak nampak dan bau gas ini.

Senang nak bagi faham macam ini:

Kalian anggaplah macam sebiji bom nuklear dah meletup kat Pasir Gudang, dah tu nak tunggu apa lagi?

Semoga Allah lindungi kita semua dari bencana ini.
Sebarkan agar semua ambil tindakan segera demi keselamatan bersama.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!