≡ Menu

Bagaimana Norman Hakim Mendidik Anak Sampai Jadi Hafiz. Subhanallah


Anugerah tuhan tak ternilai kerada Norman Hakim dan Abby Abadi kerana memiliki anak lelaki dan anak perempuan yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.

Memang sejuk perut Abby Abadi yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania yang berjaya menghafaz Al-Quran.

BACA:  Mufti Kelantan: Petai Menangis? Boleh Jatuh Hukum Syirik Jika Terlalu Taksub!

Cara didikan keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi harus dicontohi kerana menitikberatkan didikan agama kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi. Perpisahan antara Norman dan Abby tidak menjadi penghalang untuk mereka memberikan kasih sayang secukupnya. Hubungan yang akrab antara kedua-dua buah keluarga ini menjadikan kehidupan keluarga ‘besar’ Norman dan Abby lebih harmoni.

Daripada apa yang dilihat dapat disimpulkan bahawa sama ada Norman mahupun Abby masing-masing mengamalkan:

  • Hubungan keluarga yang akrab.
  • Menitikberatkan pendidikan agama.
  • Manjakan anak-anak tetapi dalam masa yang sama sedikit tegas.
  • Menjadikan hubungan dengan anak-anak seperti rakan rapat.
  • Sentiasa meraikan kejayaan anak-anak sebagai tanda sokongan agar anak-anak sentiasa rasa dihargai.
  • Semoga terus kekal istiqamah dengan Al-Quran dan berakhlak dengannya.
BACA:  Hipertiroid: Apakah Ia, Dan Kenapa Ia Berbahaya!

 

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel