≡ Menu

Awas! Jangan Beli Mainan Ini Untuk Anak Anda, Ia Boleh Bawa Maut


LAMBAKAN jenis barang mainan di pasaran boleh mengaburi mata anak anda. Kebanyakannya diimport dari negara luar yang tahap keselamatan dan kandungannya diragui.

Bagi ibu-bapa jangan cepat ‘cair’ dengan rayuan anak anda. Keselamatan mereka itu yang lebih utama. Ini kerana ada antara barang mainan itu yang mengandungi bahan berbahaya yang boleh meragut nyawa.

Menjadi fenomena di China ketika ini adalah ‘Crystal Slime Clay’ mainan berbentuk lendir yang berwarna warni dan amat mudah menarik minat kanak-kanak. Ia mungkin sudah berada dalam pasaran negara kita.

Awas! lendir ini disahkan mengandungi toksik Sodium Tetraborate yang turut dikenali sebagai Borax. Bukan hanya boleh menyebabkan keracunan sekiranya tertelan, ia juga boleh mengundang maut.

BACA:  Nampak Macam Remeh, Tetapi Inilah Punca Utama Rumahtangga Retak.

Apa itu Borax?

Borax adalah mineral boron dan garam yang diperoleh dari dalam tanah. Beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Thailand telah mengharamkan Borax sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Sekiranya Borax memasuki tubuh seseorang itu dalam itu dalam kuantiti yang banyak ia mampu meracuni organ badan anda.

Jika anak anda bermain barang mainan yang mengandungi Borax ia boleh mengakibatkan berlaku tindak balas biokimia dalam sistem saraf mereka. Secara tidak langsung turut menjejaskan fungsi system endokrin.

Mereka yang mengalami kerosakan kulit seperti luka dinasihatkan agar tidak sama sekali mendekati Borax. Menyentuh mulut selepas memegang bahan mengandungi Borax, akan secara segera menyebabkan bahan beracun itu menyerap dalam tubuh anda.

BACA:  Sukar Beroleh Zuriat? Amalkan Doa Nabi Zakaria Ini

1 hingga 3 gram Borax sudah memadai untuk meracuni orang dewasa. Jika kuantitinya lebih 15 gram ia boleh mengundang maut. Bagi kanak-kanak pula 3 gram sudah cukup untuk meragut nyawa mereka.

Mudahnya ‘racun’ tersebar

Menurut laporan China Press lendir ini dijual secara terbuka di China tanpa nama syarikat pengeluar dan pensijilan kualiti tertera pada labelnya. Ia dibuat mengunakan sebatian Borax, gam pewarna dan beberapa bahan lain. Ini menjadikan ia menarik pada pandangan kanak-kanak.

Ia juga boleh ditempah secara dalam talian dengan harga yang murah. Sekaligus menjadikan ‘racun’ ini berpotensi untuk merebak ke luar China termasuk Malaysia.

 

Sumber: www.astroawani.com

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel