≡ Menu

Apakah Hukum Solat Sunat Taubat Secara Berjemaah? Boleh Ke?


Soalan;

Bolehkah solat taubat di lakukan berjemaah?

Jawapan;

Terdapat khilaf dalam kalangan ulama dalam masalah melakukan solat tahajjud, dhuha, taubah, hajat, istikharah dan sebagainya secara berjamaah, iaitu solat-solat yang disyariatkan secara bersendirian. Menurut Imam an-Nawawi; asalkan suatu ibadat itu ada disyariatkan walaupun secara bersendirian, harus jika ingin dilakukan secara berjamaah. Antara dalilnya ialah;

1. Hadis Ibnu Abbas RA yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

BACA:  7 Kategori Kawan Yang Perlu Anda Hindari. Kawan itu Cerminan Diri

3. Hadis Itban bin Malik RA yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; “Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?”. Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Soheh al-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Solat-solat yang dilakukan Nabi SAW dalam hadis di atas ialah solat-solat sunat kerana baginda tidak pernah melakukan solat fardhu melainkan di masjid. Imam an-Nawawi menjelaskan; “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukan secara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

BACA:  Inilah Amalan Yang Dipandang Mulia Disisi Allah.

Sebahagian ulama hanya mengharuskannya jika dilakukan sekali sekali (bukan berterusan), iaitu untuk tujuan belajar atau membiasakan diri sahaja, bukan dengan menjadikannya sebagai kebiasaan, kerana Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah menjadikannya sebagai kebiasaan mereka (Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi (1/356).

Sumber

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel


error: Content is protected !!