≡ Menu

Antara Dryer Dan Menjemur? Yang Mana Lebih Baik? Ini Jawapannya


Sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak ada masa untuk melakukan kerja rumah, jadi bagi sesetengah insan, pusat dobi lah menjadi jalan terbaik untuk mereka yang terlalu sibuk. Tambahan pula, perkhidmatan dobi layan diri semakin menjadi pilihan orang ramai terutama bagi mereka yang sibuk dengan tugasan kerja.

Jika anda salah seorang pengguna perkhidmatan dobi, pasti anda akan perasan di mana pakaian yang dikeringkan oleh mesin lebih lembut berbanding menjemur, betul kan? Walaupun secara logiknya tujuan kedua-dua perkara ini untuk mengeringkan air daripada pakaian, tetapi kenapa hasil yang diperolehi berbeza?

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan pakaian diperbuat daripada kapas dan polimer organik yang lain. Ada juga diperbuat oleh Selulosa iaitu bahan mesra air dan ia akan menyerap sebanyak mungkin air. Semua serat pakaian akan menjadi tepu dengan air apabila dimasukkan dalam mesin basuh. Justeru itu, bagaiamanakah cara yang terbaik penyejatan untuk jadikan tekstur pakaian itu terbaik?

BACA:  Rugi Sahaja Beramal Soleh Tetapi, Lidah Tidak Dijaga. Nauzubillah

Kenapa pakaian akan lembut bila menggunakan mesin pengering daripada menjemur di pancaran matahari?
Semua orang tahu, pakaian dalam mesin sentiasa bergerak. Ini mejadikannya sukar untuk gentian selulosa terikat semula dan kukuh atau menyeluruh. Hal ini menyebabkan pakaian kita terasa lembut kerana kapasnya tidak terikat dengan satu sama lain.

Jika anda menjemur di bawah sinaran matahari, pergerakan yang berlaku hanyalah daripada tiupan angin. Keadaan statik ini membolehkan gentian selulosa untuk memperbaharui ikatan hidrogen dengan lebih berkesan.

Penggunaan bahan pencuci secara berlebihan akan membuatkan kesan ini akan lebih ketara lagi.

Kelebihan dan kekurangan

Kaedah mesin pengering

Bagi sesetengah orang yang pentingkan kepantasan dan pandai menggunkan kemudahan yang ada, menggunakan mesin pengering adalah jalan yang terbaik. Tetapi kaedah ini akan mengurangkan jangka hayat pakaian tersebut kerana berlaku geseran yang akan menyebabkan baju atau seluar anda mudah terkoyak.

BACA:  Mesin Tikam Claw? Wajar ke Anak-Anak Main?

Kaedah menjemur di matahari

Jika anda mempunyai masa yang terluang banyak, anda boleh saja menggunakan kaedah ini ia lebih kepada mesra alam untuk mengeringkan pakaian anda. Ia juga membantu untuk mengurangkan kesan penggunaan elektrik pada pakaian tersebut.

Kenapa kita perlu jemur kain pada pancaran matahari?

Menjimatkan kos penggunaan dobi
Pakaian akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dalam tempoh yang lama
Namun, kelemahan jika berjemur adalah lebih cenderung untuk berkedut. Ia juga memerlukan kos elektrik bagi penggunaan seterika.

Gunalah mana-mana kaedah sekalipun, janji baju sentiasa keliahatan bersih dan kemas barulah selesa untuk berdepan dengan orang atau lebih selesa melakukan kerja di pejabat ataupun rumah.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel